Gaya Hidup

Bertahun Kahwin Belum Punya Zuriat, Ikhtiar Amalkan PETUA Yang Satu Ini!

Tidak akan jadi sesuatu perkara itu tanpa kehendak dari-Nya. Begitu juga soal jodoh dan rezeki. Bagi yang sudah berkahwin, momen untuk menimang cahaya mata antara yang paling ditunggu-tunggu. Namun jika belum rezeki dan keizinan Allah SWT, kita hanya mampu berserah. Ada pasangan yang dikurniakan rezeki anak pada tahun ketiga atau keempat perkahwinan dan ada juga yang terpaksa menunggu sehingga berbelas tahun sebelum akhirnya disahkan hamil. Kunci utama kepada situasi ini adalah sabar dan tawakal.

Sementara menanti detik itu tiba, tidak salah bagi suami isteri untuk meneruskan ikhtiar. Jangan sekadar menunggu dan berdoa tanpa berbuat apa-apa kerana Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa berusaha.

Salah satu petua yang mujarab diamalkan dan terbukti keberkesanannya kepada beberapa pasangan adalah dengan mengambil minuman susu berkurma ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg buah kurma (seeloknya yang kering)
  • 1 liter susu kambing

Cara membuat:

Bahagikan buah kurma kepada dua bahagian iaitu bahagian isteri dan suami. Asingkan biji kurma tersebut dan lakukan bersama pasangan. Kemudian, masukkan buah kurma yang telah dibuang biji ke dalam pengisar. Tuang susu kambing yang telah disediakan dan kisar hingga rata. Sesudah itu, bahagikan minuman kepada dua bahagian untuk suami dan isteri. Minum hingga habis dalam masa sehari.

Disarankan suami isteri turut makan tujuh biji kurma kering setiap pagi bersama segelas susu kambing sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan atau sampai memperoleh hasil positif. Di samping itu, jangan lupa mengamalkan bacaan surah Maryam ayat 1 hingga 12.

Minuman susu kurma ini juga sesuai buat sesiapa saja kerana dipercayai baik untuk kesihatan tubuh badan. Malah, anak-anak yang bersekolah juga boleh menikmatinya kerana ia sangat baik untuk minda dan tumbesaran. Semoga sama-sama beroleh manfaat.

Share
Published by
Suzi