Siapa pun akan merasa kurang yakin jika mempunyai rambut nipis sehingga menampakkan kulit kepala. Biasanya ia berpunca daripada masalah keguguran rambut. Namun keadaan ini selalunya berlaku secara berperingkat. Jadi, usah terlalu risau kerana masih ada cara untuk mengatasinya. Berikut beberapa cara mudah bagi mengatasi rambut nipis.

Ads

AMBIL MAKANAN YANG MERANGSANG PERTUMBUHAN RAMBUT

Makanan-makanan yang mengandungi protein, zat besi, zink dan vitamin B12 membantu merangsang pertumbuhan rambut. Antaranya daging tanpa lemak, sayuran hijau, kekacang dan ikan.

URUTAN KULIT KEPALA

Ini cara paling mudah untuk mendapatkan rambut yang lebih tebal jika diamalkan secara rutin. Ketika bersyampu, urut-urutkan kulit kepala dengan lembut agar aliran darah lebih lancar seterusnya mendorong pertumbuhan rambut baru.

Bertahun-Tahun Buat Gaya Rambut Sama Sebab RAMBUT NIPIS, 5 Trik Ini Bantu Atasi Masalah Tersebut!

SAPU MINYAK ESENTIAL

Minyak rosemary adalah salah satu minyak esential terbaik yang dapat merangsang pertumbuhan rambut dan meningkatkan metabolisma sel sehingga rambut menjadi lebih tebal. Jadikan minyak esential sebagai perawatan tambahan di rumah.

Ads

Pastikan anda menguji dahulu reaksi alergi di kulit kepala. Caranya, titiskan sedikit minyak di lengan atau belakang telinga. Jika dalam tempoh 24 jam tiada gatal-gatal dan kemerahan maka ia sesuai dengan anda. Sebelum disapu, cairkan dulu dengan minyak zaitun atau jojoba.

HINDARI GAYA RAMBUT YANG BERLEBIHAN

Ads

Sebaiknya hindari penataan rambut yang berlebihan. Kurangkan juga penggunaan pengering dan pewarna rambut yang boleh merosakkan serta menipiskan rambut.

GUNA SYAMPU KHAS UNTUK RAMBUT NIPIS

Fungsi syampu jenis ini biasanya membantu menambah alunan rambut sehingga nampak tebal. Syampu ini juga mengandungi vitamin dan asid amino yang menyihatkan kulit kepala sehingga membantu melebatkan rambut.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI