Bertemakan ‘Crazy Rich Asian’ ESKAYVIE Raikan Lebih 500 Usahawan Di ‘Grand Annual Dinner 2023’ Penuh Eksklusif & Glamor

Berpegang kepada prinsip Rezeki Harus Dikongsi, Eskayvie, syarikat pengeluar produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz, meraikan lebih 500 usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan dalam satu majlis makan malam eksklusif di W Kuala Lumpur Hotel pada Sabtu lepas.

“Majlis bertemakan ‘Crazy Rich Asian’ ini diadakan khas bagi menghargai kesungguhan dan kerja keras semua yang terlibat bersama Eskayvie sepanjang tahun 2022. Selain penyampaian anugerah buat usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan yang telah
menunjukkan kecemerlangan berterusan, Eskayvie turut menghadiahkan penginapan
bertaraf 5 bintang buat semua kakitangan bersama keluarga bagi menghargai usaha mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed.

“3 buah Honda City model terbaru turut menjadi kejutan istimewa buat penerima Anugerah Khas iaitu 3 kakitangan yang telah memberikan komitmen luar biasa dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada syarikat. Mereka ini adalah di antara yang telah sama-sama berpenat lelah di dalam membangunkan syarikat selama ini,” kata Kartika Wati lagi.

Kemuncak acara ini adalah penyampaian hadiah sebuah Proton X50 kepada pemenang
Hadiah Utama bagi kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2023 yang telah dijalankan bermula
November 2022 sehingga Januari 2023 lalu.

“Ini berkat doa tiga orang anak saya yang semakin membesar. Saya rasa macam mimpi
apabila PakNil hubungi dan bagitahu terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Tak sangka
dengan berbelanja hanya RM200, saya menang kereta Proton X50 idaman anak-anak,” kata
Nurul Huda, 38, Penjawat Awam yang hadir ditemani suaminya.

“Kempen Cabutan Bertuah Eskayvie ini bertujuan menghargai semua pelanggan Eskayvie yang sentiasa menyokong dan mempercayai jenama Eskayvie. Sepanjang 3 bulan kempen dijalankan, kami menerima lebih 80,000 penyertaan untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai lebih RM180,000,” ujar Kartika Wati Mohamed.

Datin Alyah turut hadir memeriahkan majlis dengan membuat persembahan.

Majlis yang penuh kejutan itu turut disemarakkan dengan penyampaian hadiah pakej eksklusif Umrah bernilai RM11,000 yang dimenangi Siti Aishah Wahab untuk kempen Cabutan Bertuah bagi usahawan Eskayvie Nexus.“Saya bersyukur sangat kerana Eskayvie beri peluang kepada kami untuk jana pendapatan bersama-sama.

Eskayvie sediakan satu platform perniagaan tanpa modal yang sangat mudah untuk dibuat di mana saja. Selain itu, ada pelbagai anugerah dan insentif untuk bantu kami capai pendapatan minima empat angka sebulan. Hadiah pakej Umrah ini juga sangat bernilai bagi saya. Jualan meningkat, anugerah pun dapat. Harapan saya Eskayvie terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua pengguna sekaligus dapat berkongsi rezeki dengan ramai lagi usahawan Eskayvie Nexus,” kata Siti Aishah Wahab sewaktu ditemuramah.

Sebagai pembuka tirai tahun 2023, Eskayvie telah melancarkan produk terbaharunya pada
Januari lalu. Produk semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire dan Eskayvie
Neuscential Calme diformulasikan bertujuan untuk membantu para pengguna memperbaiki
mood, fokus, memberi rasa tenang di samping melegakan simptom stres, kemurungan dan
sukar tidur.

“Lebih-lebih lagi di dalam keadaan pasca-endemik ini. Bukan saja kesihatan fizikal malahan kesihatan mental turut perlu diambil perhatian bagi mengatasi isu stres yang dialami
terutamanya oleh penderita post Covid. Jadi, produk semburan aromaterapi ini adalah solusi yang boleh membantu melegakan masalah yang dihadapi mereka.

Eskayvie yang menerima dua anugerah berprestij daripada SME Corp iaitu Anugerah
Enterprise 50 (E50) dan Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 telah membuktikan
bahawa jenama itu adalah sangat dipercayai dan semakin kukuh di pasaran. Eskayvie turut
mempunyai ibu pejabatnya di Indonesia dan kini giat membangunkan usahawan Eskayvie
Nexus Indonesia bagi menguasai pasaran negara tersebut yang mempunyai populasi
penduduk lebih 273 juta sehingga 2022.

Caption: Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dan Kartika Wati Mohamed bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, duta Eskayvie yang menerima anugerah One in A Million Award di atas komitmen beliau menyampaikan perkongsian yang terbaik kepada masyarakat

“Eskayvie berharap semoga momentum kejayaan ini bukan sahaja dapat diteruskan malah terus dilipatgandakan dengan lebih luar biasa untuk tahun 2023 ini. Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai dengan mudah. Ia memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak, baik kakitangan, usahawan Eskayvie Nexus termasuklah rakan strategik yang diibaratkan sebagai sebuah keluarga dengan ikatan ukhuwah yang sangat erat,” ujar Kartika Wati lagi.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus