Bertuah Daiyan Trisha, Sambut Hari Jadi ke-29 Dapat Pelbagai Beg Mewah Anggaran Lebih RM60,000!

Meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29, perkongsian penyanyi, pelakon dan pengacara jelita Daiyan Trisha menarik perhatian peminat. Selain bertuah dibawa menjejaki bumi Swiss, beliau juga menerima pelbagai hadiah mewah umpamanya beg tangan terbaharu daripada jenama rumah fesyen antarabangsa seperti Prada, Dior, Fendi, Louis Vuitton dan Loewe.

Seronok melihat video Daiyan unboxing

hadiah-hadiah ni, semuanya dari koleksi terkini dan hot from oven! Harga setiap koleksi pula cecah belasan ribu, kira-kira keseluruhannya mencecah RM60,000.

Bertuah sangat birthday girl diberi kepercayaan setinggi itu, mungkin selain kecantikan dan attitude beliau yang profesional, Daiyan juga pandai mengambil hati banyak pihak.

Jom tengok beg-beg milik Daiyan ni, semuanya cantik-cantik…

 

 

Bagi wanita berkerjaya mahupun yang tinggal di bandar-bandar besar, memiliki beg tangan yang berjenama kini bukanlah lambang status semata tapi cita rasa individu. Kalau mampu, mestilah nak pakai beg idaman kalbu. Betul tak?

Tapi beg-beg baharu Daiyan Trisha ni memang impian ramai wanita. Bertuahnya jadi social media influencer terkenal, terpegun tengok tag harga – kena menabung semula macam ni!

 

Ini antara harga beg tangan Daiyan Trisha hasil carian Nona di Internet. Wow!

 

DIOR Lady D-Joy Bag RM22,500

 

 

Lady D-Joy Bag RM22,500

 

PRADA Cleo RM16,000

 

 

Loewe Puzzle Bag RM14,000

 

 

 

Louis Vuitton Alma X Yayoi Kusama

 

 

 

Nano Fendigraphy RM5,100

 

 

So, dah tahu ke yang mana beg untuk dibeli sempena ketibaan Tahun Baru 2023 nanti?

Share
Published by
Norzalina