Tumpang gembira melihat Faye Kusairi berkongsi kegembiraan di laman Instagram menimang cahaya mata sulungnya. Teruja melihat bayi lelaki yang diberi nama Alif Bin Azmi hadir dalam hidup pasangan ini 11 hari lalu.
Bukan semua wanita bertuah seperti pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi ini kerana melahirkan bayi pada hari ulang tahun perkahwinan. Terdengar nada gembira di hujung suaranya ketika dihubungi.
“Syukur sangat-sangat kerana diberi peluang melahirkan anak di hari anniversary. Pagi-pagi lagi husband tanya, nak hadiah apa untuk anniversary? Saya jawab tak nak apa-apa cuma nak baby lahir masa anniversary (bergurau dengan suami). Tapi tak sangka dan syukur Allah SWT kabulkan doa saya yang satu itu. Saya dimasukkan wad sebab bukaan laluan sudah 2cm pada jam 10 pagi hari itu. Malam itu, alhamdulillah, Alif dilahirkan,”
tutur Faye yang sepatutnya melahirkan Alif pada 7hb April tetapi ditakdirkan lewat dua hari iaitu jatuh pada tarikh perkahwinan mereka.Apabila ditanya tentang perasaan pertama kali menatap wajah baby, bicaranya lembut. “Saya bersyukur sangat sebab segalanya selamat. Suami adalah orang yang paling excited. Saya dah penat ‘berperang’ tapi no words can describe the exact feeling of looking at Alif for the first time. Overjoyed lah.
Pengalaman bersalin mengajar saya akan besarnya kuasa Allah SWT. 9 bulan having him in my tummy then suddenly 1 night changes everything.
That whole day and night experience was so surreal. Bagi saya masa tu la kita rasa pure love from your husband, your family and yourself. Pengorbanan seorang ibu melahirkan seorang is beyond everything dalam dunia ni. Tak tau macam mana nak gambarkan,” ujar Faye.Faye baharu menempuh masa 11 hari proses berpantang. Menurut Faye dia lebih selesa mengamalkan amalan berpantang mengikut cara tradisional. Namun tidak pernah mengetepikan amalan moden.
“Jika disuruh pilih salah satu sudah tentu saya memilih cara tradisional. Sebab melalui pemerhatian, mama dan nenek saya walaupun sudah berusia tapi tetap steady dan sentiasa bertenaga. Mereka mengamalkan berpantang secara tradisional. Namun saya juga tidak menolak cara moden jika sesuai untuk diikut.
Saya mendapat tajaan dari Allura Confinement Lady yang menawarkan penjagaan berpantang dari head to toe secara tradisional dan moden. Penjagaan ini merangkumi sauna, mandi herba, bertungku, bertangas dan mengurut. Semuanya dilakukan mengikut amalan dulu-dulu. Bengkung pun diikat dengan cara melilit dengan sempurna bukan diikat begitu sahaja. Mereka juga turut melakukan urutan pada baby,” terang Faye yang sebelum itu berdepan dengan ujian Placenta Previa (PP) atau masalah uri di bawah yang dikesan ketika usia kehamilan 30 minggu.
This website uses cookies.