Bertuahnya Ahli Pandu Puteri Selangor Dapat Jumpa DYMM TENGKU PERMAISURI NORASHIKIN, Cantik Sangat Orangnya!

Kecantikan Tengku Permaisuri Selangor sentiasa menjadi bualan dan diperkatakan rakyat jelata. Sebagai wanita, ramai memuji gayanya yang sederhana tapi tetap menawan dan memaku mata memandang.

Nona sendiri terpegun melihat kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin ketika keberangkatannya ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor Kali ke-29 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Subhanallah, sempurnanya ciptaan Allah!

Dengan sepasang kebaya biru yang tersarung kemas di tubuhnya, gaya Tengku Permaisuri yang kelihatan mesra melayan ahli-ahli Pandu Puteri membuktikan betapa baginda amat disenangi ramai. Wah, untungnya dapat bersalam dan bertentang mata macam ni!

Well, wanita yang pernah menganggotai Pandu Puteri zaman sekolah dulu tentu terkenang banyak kenangan manis. Contohnya berkhemah dan ikut rombongan ke muzium. Memang berkobar-kobar nak buat pelbagai aktiviti, ingat lagi tak?

Baginda yang juga Penaung Diraja kepada persatuan itu turut berkenan menyampaikan sijil dan anugerah kepada ahli-ahli Pandu Puteri yang tampil dengan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun.

Hadir sama pada majlis ini, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Selangor, YAM Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Jaafar dan Mantan Penaung Diraja, YAM Tengku Puan Panglima Perlis Tengku Puteri Nor Zehan binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Sumber: Instagram @selangorroyalofficial

Share
Published by
Norzalina