Bertuahnya FAZURA, Diundang Buat Kejutan Di Majlis Sambutan Peribadi Tengku Permaisuri Selangor!

Beruntungnya selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin dapat dekati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor. Bukan sebarangan orang dapat peluang macam tu! Lebih-lebih lagi menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 4 Jun lepas.

Diadakan secara privasi dan hanya dihadiri oleh kenalan terdekat, Fazura menerusi Instagram miliknya menzahirkan rasa terharu kerana diberi peluang memeriahkan majlis tersebut.

Kongsi isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, Tengku Permaisuri Norashikin tidak mengetahui kehadiran mereka dalam majlis berkenaan dan merancang untuk membuat kejutan.

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Kongsi Fazura, “Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.

Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.

Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.

Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Pastinya momen tersebut meninggalkan kenangan terindah buat Fazura dan Fattah. Iyalah, jadi ‘tetamu istimewa’ buat Tengku Permaisuri Selangor.

Fazura yang mengenakan persalinan rona beige jelas kelihatan anggun dan gembira sepanjang majlis.

“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble.

Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.

Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin.”

Share
Published by
Suzi