Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh usahawan terkenal Joy Revfa ada berkongsi cerita perihal mengenai perkara tersebut. Bukan satu perkara yang mudah untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
Kongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, bukan satu perkara yang mudah selain ia harus disusuli dengan semangat dan usaha yang tinggi.
“Ingat senang nak Istiqamah..? ISTIQAMAH tu berat.. Kalau ringan, namanya ISTIREHAT.
“Orang berilmu selalu pesan: Jika tidak mampu berlari, maka cubalah berjalan.. Jika tidak mampu berjalan, maka cubalah merangkak.
“Kena tetap usaha buat, jangan sampai tak buat–buat.. Kerana BERUBAH tidak susah,
tetapi ISTIQAMAH yang susah..”“Joy Revfa – Who always focused on becoming a better me, Insyallah,” tulisnya.
Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama.
Terbaru, Joy dikhabarkan sudah pun bertunang dengan seorang jejaka berketurun cina yang juga meruapakan seorang kakitangan kesihatan, Dr Adrian Yeah.
Untuk rekod, menerusi hasil perkahwinan yang terdahulu, Joy juga mempunyai seorang anak lelaki.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Foto: Instagram Joy Revfa
This website uses cookies.