Beruntung Ada Kembar! Dress Puan Sri Nooraisha Jadi Sebutan, Mula-Mula Hobi Kini Jadi Lubuk Rezeki

Alangkah bertuahnya dilahirkan sebagai anak kembar. Apatah lagi kalau kembar seiras seperti isteri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Haji Noh Omar ini yang memiliki tahap keserupaan yang hampir 100% sama. Bagi pasangan kembar Puan Sri Nooraisha Farizan Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar, identiti unik ini menjadi kelebihan mereka sebagai pengusaha fesyen.

Berusia 40-an dan ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Sri yang merupakan anak kelahiran Perak ini selesa menceburi bidang bisnes yang diminatinya.

Dari sekadar suka-suka, hobi berfesyen itu berkembang menjadi perniagaan. Beliau juga suka memasak dan meluangkan masa dengan keluarga di rumah.

Persis wanita Arab, lengkap pakej hidung mancung dan senyuman menawan menjadikan penampilan si kembar ini sentiasa meraih tumpuan…

 

 

 

 

Biarpun agak ‘mengelirukan’ di peringkat awal, namun lama-kelamaan perbezaan mereka dapat dikesan melalui intonasi percakapan. Seorang bercakap lebih tenang dan perlahan, manakala seorang lagi lebih laju tapi peramah.

Namun pasangan kembar yang dikenali AishaHanim itu kedua-duanya suka berfesyen, malah mempunyai label sendiri iaitu ZARAC.

“Dulu-dulu ramai yang tanya tentang dress ni bila kami buat persembahan. Potongan yang ringkas tapi disebabkan material kain yang mewah serta kelebihan bahu tinggi ni membuatkan siluet baju lebih terletak.

 

 

 

Dari sekadar dua tiga warna, kini dah ada beberapa pilihan termasuk hitam dan putih. Pelanggan selalunya akan repeat beli sebab tak puas pakai satu warna, dress ni memang versatil dan membuat pemakai lebih elegan!” Puan Sri Nooraisha

 

Bermula dengan menjual jubah jersi, ZARAC kini mengetengahkan dress signature AishaHanim yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan wanita Muslimah. Setiap satunya didatangkan dengan shawl sepadan, jadi mudahlah nak pakai!

Direka dalam satu saiz dan pelbagai pilihan warna elegan, dress dengan bahu tinggi serta siluet flowy

beralun ini pasti membuatkan pemakainya kelihatan moden namun masih bersopan.

 

 

Kalau dah cantik orangnya, pakai apa pun tetap cantik. Tapi dress ni memang serius cantik bila dipakai, selesa pula tu sebab dijahit dengan lining sekali.

Selain bergelar seorang usahawan, Puan Sri turut dikenali sebagai penyanyi duo bersama kembarnya. Masih mengekalkan nama AishaHanim, banyak lagu-lagu mereka yang menjadi siulan ramai antaranya seperti Angkara dan Leka.

Share
Published by
Norzalina