Rata-rata di media sosial, asyik isteri saja yang mengadu suami tak pandai menghargailah, tak romantiklah, tak pandai jaga hatilah. Tapi sebagai isteri, sempurnakah kita?

Sesekali, hadiahkanlah kebahagiaan istimewa buat cik abang. Tak semestinya wang ringgit.

IKLAN
  1. Hormat

Dalam Islam pun di tegaskan wanita untuk menghormati suami kerana syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami. Janganlah asyik meninggi suara jika suami tak tolong di dapur.  

Menghormati suami bukan hanya ungkapan di bibir tetapi dengan memberi kepercayaan, galakkan dan membina keyakinan suami.

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

  1. Jadilah seorang pendengar, bukan pengkritik!

Apabila suami meluahkan perasaan, mungkin hal berkaitan pejabat, cubalah jadi pendengar yang baik. sesekali suarakan juga pendapat anda tapi janganlah berlebih. Takut hilang mood suami nak bercerita panjang. 

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

 

  1. Tunjukkan kuasa di bilik tidur

Biasanya suami akan mengusai hal di bilik tidur. Sesekali, apa kata anda tunjukkan pula ‘kuasa’ anda untuk menunjukkan anda mahukannya.  

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

IKLAN
  1. Ciuman

Berikan kejutan ciuman buat suami ketika sedang menonton televisyen atau ketika dia sedang membaca surat khabar. Bila sudah beranak-pinak, biasanya kemesraan begini jarang diberikan kepada suami. 

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

  1. Sokongan

Lagi banyak anda membebel, semakin rimas suami duduk di rumah. Jadilah isteri yang memahami. Berikan sokongan kepada suami dalam apa juga yang mereka lakukan agar mereka rasa dihargai. 

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

IKLAN
  1. Selit nota

Bila kali terakhir anda memberikan kata-kata manis buat suami? Kalau tak pernah, inilah masanya.selitkan nota kecil dengan kata-kata penghargaan dan selitkan di dalam dompet suami.

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADA

  1. Berikan ‘me time’ kepada suami

Suami juga perlukan ‘me time’. Jika dia suka memancing, berikan masa untuknya bersama teman-teman. Pastikan mereka memancing ikan dan bukan benda lain ya!

BERUNTUNG ISTERI Dapat SUAMI ROMANTIK, HARGAI Suami Selagi Dia MASIH ADAKredit foto: Instagram Siti Sarah Raisuddin dan Wawa Zainal

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI