Berusia 27 Tahun & Ibu 2 Anak, Makin Cantik & Ayu ERIN MALEK!

Macam anak daralah! Lama tak nampak kemunculan Erin Malek dalam drama atau filem tempatan. Teringat lagi lakonan Erin sewaktu membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan. Rasanya masa tu dia baru berusia belasan tahun.

Dari zaman anak dara, sampailah sudah berumah tangga nampak makin cantik berseri. Walau sudah berkahwin… body maintain langsing. Hakikatnya, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek ini sudah lima tahun bergelar mak. Ada dua orang anak pula tu!

15 Julai lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-27 Erin Malek. Menyambut hari lahir secara sederhana di samping keluarga tersayang, ujar Erin menerusi perkongsian di laman Instagram, “Alhamdulillah I’m feeling so blessed and grateful to have people in my life who made me feel cared for and sooo loved. Thank you so much for each and everyone for your messages, cakes, flowers dan birthday love.”

Berkahwin dengan jejaka pilihan yang juga anak kepada usahawan automobil ketika usia baru mencecah 20 tahun pada tanggal 10 Oktober 2014, isteri kepada Farriz Fauzy ini selamat melahirkan anak sulung mereka setahun kemudian pada 1 Oktober 2015 yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz.

Dua tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kembali dikurniakan rezeki anak perempuan yang kini berusia empat tahun. Nur Aisha Mohamed Farriz dilahirkan pada 10 Februari 2017. Alhamdulillah, dah sepasang dah anak Erin dan Farriz.

Tahun ini pasangan romantis tersebut bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketujuh.

Sejak berstatus isteri dan emak orang, Erin memperlahankan aktiviti seninya dan agak jarang muncul di majlis-majlis hiburan mahupun kaca TV. Fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan menguruskan dua orang anak.

Pun begitu, kelibat Erin Malek tetap menjadi perhatian dan sumber inspirasi peminat khususnya kaum wanita kerana mampu sentiasa tampil cantik dan bergaya walaupun ada dua anak yang masih kecil.

Erin bersama Fatin Afeefa yang pernah membintangi filem Tentang Bulan

Berbicara tentang penampilan wanita jelita ini pula… Erin mendedahkan dia ambil keputusan untuk berhijrah dan tampil berhijab pada tahun 2016 selepas hasrat ingin memakai tudung disokong suami tercinta dan keluarga tersayang. Memang terserlah keayuan Erin Malek sejak bertudung!

 

 

Kredit: Instagram Erin Malek

Share
Published by
Suzi