Wah, tahniah buat Hani Karmila yang melakar sejarah dalam sukan Jiu Jitsu di Singapura baru-baru ini! Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai ibu kepada gadis cantik ini pastinya menjadi individu paling bahagia apabila puteri kesayangan berjaya meraih pencapaian tersebut.
Walau luaran nampak ayu tapi semangat juang Hani Karmila mampu menewaskan lawan.
Aktif menyertai seni bela diri Jepun ini kira-kira enam tahun lepas, Hani Karmila atau lebih dikenali sebagai Mila telah pun menyertai pelbagai kejohanan dan mengutip banyak pingat. Yang pasti, anak Puan Sri Tiara dan Allahyarham Hani Mohsin berkenaan seorang wanita yang aktif bersukan terutamanya dalam seni bela diri.
Terbaharu, Mila menambah koleksi pingatnya dalam sukan Jiu Jitsu yang berlangsung di Bedok Sport Hall, Singapura. Kejayaan Mila di pentas sukan tersebut dikongsikan ibunda tersayang di media sosial miliknya.
Ads
“So proud of my daughter, Mila. She just won an international gold medal in Jiu Jitsu! This was this morning in Singapore, in the blue belt under 58kg category. So happy for team Ryu Combat Academy on their first international outing as a gym, well done coach Abang Saef Hud.”
“This win is especially meaningful as Mila was in and out of hospital for the last few months, but she caught up with training and pushed herself so hard… and it’s all paid off today.”
Memiliki wajah seiras arwah Hani Mohsin iaitu pelakon lelaki Jimi Asmara itu, Mila di media sosialnya sering berkongsi kenangan di samping bapa tersayang sewaktu kecil. Biarpun figura bapa tidak lagi berada di sisi namun kenangan anak-beranak ini kekal sampai bila-bila.
Ads
Hani Mohsin meninggal dunia pada 25 Julai 2006. Hasil perkongsian hidup, Hani dan Puan Sri Tiara dikurniakan Hani Karmila. Selepas berpisah dengan pelakon tersebut, Puan Sri Tiara Jacquelina berkahwin dengan Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terhibur tengok gelagat comel puteri sulung Adira Suhaimi. Baru mencecah usia tujuh tahun tapi sudah terserlah bakat Anggrek Adenan ini. Malah, Anggrek juga sering tampil dalam video berbentuk humor di samping ibunya.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari Adira juga gemar memuat naik momen bersama anak-anak tersayang.
Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial Naib Juara Akademi Fantasia Musim 8 berkenaan.
Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek! Bahkan anak sulung daripada empat beradik ini juga mempunyai akaun media sosial miliknya sendiri.
Sebagai ibu, Adira menyokong minat anak-anak dan demi meningkatkan keyakinan cahaya mata kesayangan, pelantun lagu Ombak Rindu ini menghantar Anggrek menjalani kursus Modelling Pro Kids di Amber Chia Academy.
Anggrek dilaporkan selesai menamatkan kursus berkenaan pada awal Mac lepas.
Adira mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata antaranya Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub.
Dalam situasi berada di rumah 24 jam sehari, antara lokasi yang paling kerap dikunjungi adalah dapur. Tidak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Sekurang-kurangnya asyik buka peti ais melihat apakah makanan yang ada didalamnya untuk dinikmati.
Apabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan. Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.
Diet Clean Eating tidak melulu rendah kalori tapi lebih menekankan pada kualiti makanan yang dipilih. Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Daripada anda terpaksa mengurangkan makan atau mengehadkan pemakanan kepada kumpulan yang spesifik, lebih baik anda hindari makanan yang diproses serta hanya makan makanan ‘sebenar’.
MAKANAN YANG DIBENARKAN
Pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat.
MAKANAN PATUT DIELAKKAN
Semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Makan makanan yang tidak diproses, organik dan segar boleh membuatkan kehidupan anda lebih menyihatkan. Dengan menyediakan makanan sendiri, anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam badan dan merasa kebaikan tentangnya. Nona menyarankan supaya sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Diet yang menekankan pengawalan kalori dan senaman berterusan ini juga menggalakkan makanan tinggi serat bersama protein tanpa lemak untuk mengurangkan rasa lapar. Ini melambatkan proses penguraian gula ke dalam salur darah, membuatkan rasa kenyang lebih lama dan menghindari rasa lapar secara tiba-tiba yang mendorong anda untuk menikmati snek. Memasak sendiri juga dapat mengelakkan kebergantungan seseorang terhadap makanan diproses yang tiada gizi di dalamnya.
SARANAN
Karbohidrat yang baik untuk dimakan adalah oatmeal dan beras perang.
Dapatkan bekalan protein daripada dada ayam dan ikan.
Sumber lemak yang baik boleh didapati daripada minyak zaitun, avokado dan kekacang.
Hindari semua makanan diproses yang mengandungi pengawet, lemak tepu dan gula berlebihan.
Ikut panduan berikut:
MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.
SEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.
KUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan bahawa lebih cepat kita makan, makan lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti melayari media sosial.
MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi empat jam di antara waktu makan anda dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.
FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang – bermaksud selesai makan, bukan terlalu kenyang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw kini kelihatan semakin langsing setelah menjalani pembedahan gastrik atau bariatrik.
Pelantun lagu ‘Maybe’ ini dikatakan mengambil langkah drastik adalah untuk menurunkan berat badan yang telah gagal diusahakannya selama 12 tahun.
Penampilan Melly Goeslaw yang dahulu.
Pun begitu, Melly terpaksa berhadapan dengan kesan daripada pembedahan yang dilakukannya akibat memotong organ pencernaan. Melly tidak dapat menghadam makanan seperti orang biasa.
Memetik perkongsian Melly Goeslaw dalam podcast bersama Melaney Ricardo baru-baru ini, dia kini hanya boleh makan satu sudu besar nasi atau makanan dan terus merasa kenyang.
Menurutnya, satu sudu nasi itu perlu dihabiskan dengan mengunyah secara perlahan-lahan dan lama.
Pun begitu, kata Melly dia sebenarnya boleh memaksa diri untuk makan dua sudu nasi. Cuma, selepas itu dia tidak boleh minum.
Melihat perkara ini telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat serta pengikut Melly di media sosial. Kebanyakan mereka bimbang dan berpendapat Melly hanya menyeksa diri.
“Menyeksa diri sendiri, Tuhan telah menciptakan manusia dan organ mereka menjadi yang terbaik dan paling sempurna.”
“Ya Allah, betul-betul menyeksa diri. Salah satu nikmat yang Allah beri ialah makan.”
Didoakan agar Melly Goeslaw baik-baik sahaja dan kekal sihat, langsing serta cantik.
Kredit Foto: Instagram Melly Goeslaw
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...