Seronoknya tengok kediaman baru bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim. Serba mewah, luas dan eksklusif! Walau hanya dapat lihat di media sosial milik Azrinaz saja pun, dah buat ramai yang ‘jatuh cinta’ dengan rumah agam figura ini. Bak mahligai!
Terbaharu, perkongsian Azrinaz mengenai salah satu perhiasan yang ada di rumahnya meraih tumpuan warga net. Perhiasan seni ukiran yang tergantung indah di dinding kediaman ini nyata bukan calang-calang. Bukan saja bersaiz besar malah unik dan mempunyai jalan cerita tersendiri.
Lebih menarik, perhiasan yang dinamakan ‘A Journey of Hajj’ ini diletakkan di ruang surau kediaman Azrinaz. Difahamkan ukiran seni tersebut dihasilkan oleh pengukir dari Borneo iaitu Anniketyni Madian.
Menghargai usaha anak seni yang bertungkus-lumus menghasilkan karya tersebut, Azrinaz mendedahkan cerita di sebalik perhiasan seni berkenaan di Instagram miliknya.
“Art wall ini dihasilkan oleh seorang artist tempatan yang berasal dari Sarawak. Ia amat istimewa buat saya kerana ia mempunyai satu jalan cerita yang sungguh menarik. It’s a story about ‘A journey of Hajj’. So I’ll tell you more details about it.
Perjalanan seorang jemaah haji bermula dengan menaiki pesawat dan sampai ke lapangan terbang di Jeddah sebelum menaiki bas dan menuju ke kota Mekah.
Saya selalunya menunaikan umrah dan juga haji, saya mulakan dari Kota Mekah. Di Kota Mekah ada Kaabah, batu Hajar Aswad. Di sekeliling art wall juga ada pokok kurma dan unta.
Ketika menjalankan ibadah haji kita akan berwukuf di Arafah dan bermalam di Mina. Kemudian melontar batu di tiga jamratul.
Selepas selesai semua ibadah di Mekah, bertolak ke Madinah di Masjid Nabawi. Di Madinah, ikon utama yang selalu ternanti-nanti adalah payung special di Masjid Nabawi dan Raudhah iaitu makam Nabi Muhammad SAW.
Ini adalah mengenai perjalanan haji bagi jemaah haji, saya transform dalam sebuah art wall yang dihasilkan oleh Anni.”
Pada Ramadan lalu, kediaman Azrinaz mula menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik video majlis iftar dan solat tarawih bersama pelajar tahfiz di rumahnya. Daripada video tersebut kelihatan ruang kediaman Azrinaz yang eksklusif.
Pada 1 Mei 2018, Azrinaz sah bergelar isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medina.
Sebelum ini Azrinaz menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
This website uses cookies.