Bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin pasti sudah mengetahui sikap aktres ini yang kurang gemar berkongsi kisah peribadi. Namun sebagai public figure, Fazura tidak terlepas menjadi ‘bahan’ tatapan umum. Ini termasuklah kehidupan ibu kesayangan Fazura iaitu Fadhillah Nasir.
Pada 11 Julai lalu, Fazura menerusi Instagram ada berkongsi momen sekitar sambutan ulang tahun kelahiran ratu hatinya yang ke-60. Dalam perkongsian tersebut, turut kelihatan mentua dan adik-beradik Fattah Amin yang bersama-sama meraikan hari istimewa Fadhillah. Daripada foto-foto yang dimuatnaik, jelas terserlah sisi cantik dan penyayang ibu empat anak berkenaan.
Dengan gaya sederhana dan berhijab, ibu Fazura tampak cukup anggun meskipun sudah melewati usia 60 tahun. Malah, jelas terserlah keakraban Fadhillah di samping ibu Fattah Amin.
Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak ketiga daripada empat beradik, Fazura sangat mengagumi ketabahan ratu hatinya ini dalam membesarkan mereka sekeluarga. Apatah lagi arwah bapanya, Sharifuddin Adnan meninggal dunia ketika Fazura berusia 17 tahun.
“Since I was born, I was destined to be loved and tremendously care for, worried for and lovingly protected at all costs by a woman who had lost her better half so suddenly thus, fated by Allah SWT to raise 4 young children on her own. My father was my mother’s one true and right to this day… he remains the one and only husband she loves and misses.
Raising the only girl in the family surely wasn’t easy for her (I know) but my mother never stopped loving me, being there for me the most when I need her, (I will always need her) and continuously being most protective of me (it can be annoying at times tho).
So here’s to the strongest, kind, compassionate, feisty, loving women – one who would do anything to protect her children, the less fortunate and animals, the superwoman I call my mother,” ujar Fazura.
Beruntungnya Fazura dikurniakan seorang ibu berjiwa kental seperti Fadhillah Nasir. Walau bergelar ibu tunggal namun beliau mampu menyara anak-anak dengan sebaik mungkin. Memang patut Fazura jadikan ibunya sebagai inspirasi!
Kredit foto: Instagram Fazura
This website uses cookies.