Rezeki Janna Nick! Umur belum mencecah 30 tahun tapi kejayaan anak seni ini memiliki aset pada usia muda memang patut dijadikan inspirasi. Pernah berkongsi gambar di depan kediaman mewah tiga tingkat di media sosial pada September tahun lalu, difahamkan rumah baru Janna tersebut kini dalam proses pengubahsuaian.
Memuat naik video memaparkan keadaan rumah agam itu baru-baru ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner meluahkan rasa teruja untuk mendiami rumah berkenaan yang dilengkapi dengan lif.
Sambil meletakkan hashtag ‘Djannahome’ kongsinya, “Tolong doa segala urusan dalam menyiapkan rumah ni dipermudahkan ya. Terlalu banyak impian besar dan kenangan yang nak dicipta dekat rumah ni.
I’m so excited sampai kalau boleh hari-hari nak pergi tengok rumah. Semalam kebetulan shoot nearby. So singgah tengok kejap.
Sedihnya, I macam tak cukup bersyukur tau… always put myself down and always doubt with my ownself. You guys, please don’t be too hard on yourself. You’re doing good and you’re enough.”
Khabarnya proses pengubahsuaian rumah pengacara program Famili Duo ini bermula sejak 19 Januari lalu dan dijangka siap pada 15 Jun 2023.
Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu, Janna mendedahkan dia menceburi bidang seni seawal usia 16 tahun dan berjaya memiliki rumah sendiri lima tahun selepas itu.
“Saya mula merencana kewangan bila menyasarkan untuk beli rumah dulu. Saya bersyukur berjaya capai impian untuk beli rumah pertama pada usia 21 tahun.
Sejak itu saya berazam untuk mengumpul aset. Saya pula bukan jenis orang yang suka berbelanja tanpa sebab dan tidak memilih jenama.
Sebelum ini saya hanya mencari duit dan sekarang ini saya mementingkan kualiti. Memang tujuan asal saya menceburi bidang seni untuk menambah pendapatan.
Saya mula masuk dalam industri ketika umur saya 16 tahun dan ini bermakna sejak dari sekolah saya dah mula bekerja. Masuk dalam dunia seni mungkin mudah tetapi yang sukarnya adalah untuk kekal dalam industri.
Bagi saya untuk kekal lama dalam industri kena minat. Dalam setiap kerja apa pun kena minat, kan? Saya sedar lagi lama berada dalam industri sebenarnya lagi mencabar.
Bukan bermakna lagi lama berada dalam industri perjalanan seni semakin mudah tapi lebih mencabar sebab macam mana nak letakkan diri kita atau kekalkan diri kita dalam top list,” ujar gadis berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Siam.
This website uses cookies.