Gaya Hidup

Besarnya Rumah PAK NIL, Macam Istana! Mewah & Eksklusif

Amboi Pak Nil.. cantiknya rumah! Dah macam istana. Pandai Datuk Aznil Haji Nawawi menghias rumah. Nampak mewah dan teratur je. Boleh dijadikan rujukan buat anda yang bakal masuk ke kediaman baru ni.

Berkongsi ruang kediaman miliknya di Instagram baru-baru ini, pengacara popular ini berkata, “Pak Nil jarang nak berkongsi isi rumah Pak Nil tapi orang berbudi kita balaslah jasa untuk sedikit sebanyak membantu perniagaan @palacealiffsyukri.

Terima kasih DS @aliffsyukriterlajaklaris atas jualan harga istimewa kepada pelanggan @palacealiffsyukri.”

Oh, rupa-rupanya Pak Nil turut membeli perhiasan dan kelengkapan rumah daripada bisnes perabot milik usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri. Patutlah serba mewah.

Segak berbusana tradisi baju melayu rona hijau lembut pada 1 Syawal lalu, Pak Nil turut ‘membawa’ pengikut laman sosialnya menjelajah ke rumah agam milik beliau.

Selain menempatkan satu sudut khusus untuk koleksi anugerah yang pernah dimenangi, villa Pak Nil ini turut dilengkapi dengan ruang istimewa yang dijadikan tempat berkumpul seisi keluarga, usrah dan solat berjemaah.

Lebih mencuri tumpuan, tempat ini dihias indah dengan dekorasi ala Marakesh! Sesuai sangat jadi ruang istirahat bersama keluarga dan tetamu. Agaknya, bila Pak Nil nak buat rumah terbuka ya? Mesti ramai peminat tak sabar nak jumpa Pak Nil dan tinjau istana miliknya ini!

Sumber: Instagram Aznil Nawawi

 

 

Share
Published by
Suzi