Gaya Hidup

Betul Ke Berlari Boleh Menstabilkan Emosi?

Pernah tak kita tengok filem Barat apabila hero sedang dilanda stres, dia akan lari sekeliling padang sambil menjerit? Memang benar berlari boleh membantu melegakan tubuh yang lesu akibat stres yang melampau. Berlari juga merupakan aktiviti yang mudah dan boleh dilakukan di mana sahaja ketika masa senggang. Aktiviti berlari juga tidak memerlukan peralatan yang rumit sebelum memulakannya. Walaupun nampak mudah tetapi dapat meningkatkan taraf kesihatan yang luar biasa kepada tubuh. Sebaik-baik waktu yang sesuai untuk berlari adalah di waktu pagi.

Manfaat berlari

  1. Berlari meningkatkan kapasiti otak

Berlari meningkatkan tenaga dan menambah serotonin dalam otak. Serotonin adalah hormon dalam otak yang berfungsi sebagai mengawal otak seperti mengatur kestabilan emosi, pemahaman dan nafsu makan. Biasanya mereka yang bersukan dapat meningkatkan produktiviti tidak kira sebagai pelajar atau pekerja kerajaan mahupun swasta. Produktiviti ini merangkumi kualiti yang baik dan sumbangan suasana kerja yang baik.

  1. Berlari menghilangkan stres

Bersukan memberi kesan rehat yang baik kepada tubuh. Ketika tubuh mula bersukan stres semakin berkurangan kerana fokus hanya tertumpu kepada sukan semata-mata.

  1. Berlari meningkatkan tenaga

Walau hanya bersukan 30 minit sehari tetapi dapat mengubah hari seseorang. Ketika endorphin dilepaskan ke dalam darah ketika berlari, seseorang akan merasa lebih bertenaga sepanjang hari. Endorphin adalah senyawa kimia dalam otak yang merangsang otak menjadi relaks.  Sakit-sakit badan akibat berlari hanya buat permulaan. Jika tubuh sudah terbiasa tiada lagi istilah sakit badan selepas berlari.

  1. Berlari membina hubungan

Berlari biasanya dilakukan di dalam sebuah kumpulan besar dan kecil. Tidak kira dalam ahli keluarga, kejiranan atau pejabat. Hal ini dapat meningkatkan hubungan yang lebih baik dengan orang lain. Bersukan juga memberi peluang berjumpa dengan orang baru yang mempunyai minat yang sama.

  1. Berlari melawan penyakit

Berlari dapat mencegah penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetes, osteoporosis, asma dan lain-lain lagi. Lebih istimewa apabila bersukan dapat memperlambat proses penuaan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

  1. Berlari mengepam jantung lebih baik

Bersukan dapat menjadikan jantung lebih kuat. Fungsi jantung dan sistem kardiovaskular bekerja lebih efektif dan dapat mengurangkan plak dalam pembuluh darah. Oleh itu jantung dapat mengepam darah dengan lebih baik.

  1. Berlari akan memperbaiki diet

Otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak tubuh ketika sedang bersukan. Semakin banyak otot yang dimiliki semakin baik metabolisme yang diperoleh. Dengan kadar metabolisme yang baik seseorang dapat memiliki pola pemakanan yang sihat.

 

 

 

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan