Di dalam Islam, sangat menganjurkan umatnya untuk merapikan diri dan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan kuku. Malah ada yang sibuk memilih hari tertentu untuk memotong kuku walaupun kuku sudah panjang berjela!
Dalam ringkasan perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli, para ulama Fiqh Syafi’iyyah dan Hanabilah menggalakkan memotong kuku SETIAP HARI JUMAAT.
Ads
“Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri dengan mengutamakan kebersihan tetapi sekiranya tak sempat, boleh sahaja pada bila-bila masa asalkan tidak melebihi 40 hari”
Daripada Anas bin Malik R.A:
“Rasulullah memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari”
Kesimpulan yang diberikan YB Datuk Seri Dr Zulkifli al Bakri adalah:
“SECARA KHUSUSNYA, TIDAK ADA NAS HADITH SAHIH BERKENAAN DENGAN MEMOTONG KUKU PADA HARI TERTENTU DAN KELEBIH-KELEBIHANNYA YANG KHUSUS.”
Jadi, hujung minggu nanti rajin-rajinlah merapikan kuku anda ya. Hujung minggu kan lebih banyak masa terluang, tips di bawah ini boleh jadi panduan untuk anda.
Sentiasa menjaga kebersihan
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih dari kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.
Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.
Sentiasa lembut
Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.
Trim kuku
Biasakan diri untuk trim kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti trim kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.
Ads
Hargai kesihatan berbanding ukuran
Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah! Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantik.
Tidak membuang kutikel
Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku. Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.
Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.
Ads
Kebersihan peralatan kuku
Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan tweezer yang digunakan agar bakteria tidak membiak.
Sentiasa menjaga kelembapan
Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku. Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.
Kawal diet
Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku. Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui terdahulu pelawak dan pengacara, Jihan Muse, 41, pernah mengambil keputusan berehat sementara dari dunia seni tanahair, kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan putera keduanya yang dilahirkan pada 6 September 2022.
Usai melahirkan anak keduanya yang diberi nama Ungku Altamis Barr, Jihan mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya dan memberi tumpuan kepada keluarga serta anak-anak.
Sepanjang tempoh tersebut, Jihan terpaksa melupakan tugas untuk mengacarakan rancangan popular demi memastikan proses berpantang dan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dapat dinikmati sepenuhnya.
Pengorbanan Seorang Ibu Tiada Galang Gantinya!
Benarlah kata bidalan, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya membesar di depan mata. Sudah tentu perasaan yang sama dikongsi oleh Jihan yang ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga tersayang.
Malah, isteri kepada Ungku Hariz ini juga dilihat ada memuat naik posting di Instagram berkenaan keterujaannya untuk membawa anak keduanya, Ungku Altamis Barr melihat dunia kali pertama sebaik sahaja beliau dilahirkan.
Jihan menulis kapsyen ringkas tetapi penuh makna yang meluahkan rasa syukur buat anak keduanya. Pada masa yang sama, dia menitipkan doa semoga keluarganya itu dilimpahi rahmat. Secara tidak langsung, dapat digambarkan bahawa wanita ini meletakkan keluarga sebagai keutamaan utama buat dirinya kini.
Selain itu, sebagai isteri dan ibu, sudah pastinya keutamaan dirinya adalah untuk keluarga tersayang. Malah Jihan mengakui bahagia dikelilingi 3 “Ungku” dalam kehidupannya.
Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Hariz pada 20 Mac 2016. Mereka juga dikurniakan cahaya mata lelaki, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Sekadar info artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Jutaan tahniah buat beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah kerana mempamer semangat juang yang tinggi ketika berdepan pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee dalam Malaysia Masters 2023. Walau tidak berjaya merangkul gelaran juara namun kesungguhan Pearly dan Thinaah cukup membanggakan peminat sukan badminton tanah air!
Dalam pertemuan final bersama beregu Korea Selatan yang menduduki ranking keenam tersebut, Pearly dan Thinaah ketinggalan hanya dua mata pada set pertama. Bagaimana pun menang bergaya di set kedua namun ketinggalan pada set penentuan dengan 21-17.
Pasangan beregu wanita nombor satu negara ini beraksi dalam tempoh agak lama iaitu satu jam 41 minit. Meskipun mengalami kecederaan, kedua-duanya tetap berjuang habis-habisan walau Nasib tidak memihak kepada mereka.
Apa yang pasti, pertarungan itu cukup mendebarkan penonton dengan aksi penuh dramatik Pearly dan Thinaah. Satu ketika, kelihatan Pearly jatuh terduduk menerima pukulan balas pihak lawan tapi berusaha menangkis pukulan dengan bergaya.
Menduduki tempat kedua Malaysia Masters 2023, Pearly dan Thinaah membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD 15,960.
Ketangkasan atlet berusia 23 dan 25 tahun ini di gelanggang menjadi bualan peminat sukan sejak beberapa hari lepas apabila mereka mencipta rekod luar biasa dengan mencatat rally terpanjang iaitu 211 pukulan ketika menentang beregu Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.
Selepas berjaya menewaskan pasangan tersebut, Pearly dan Thinaah turut mematahkan misi pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota pada perlawanan suku akhir.
Syabas Rexy Mainaky dan Hoon Tien How kerana berjaya mendidik beregu wanita negara ini ke tahap yang lebih baik tahun ini. Malah persembahan Pearly dan Thinaah turut mendapat perhatian bekas jaguh profesional badminton, Datuk Lee Chong Wei.
Moga pasangan beregu badminton wanita ini terus mengharumkan nama negara di persada sukan badminton dunia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon hebat Fauziah Nawi antara penggiat seni yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.
Penganugerahan itu sempena sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut mStar, darjah kebesaran yang diberikan kepada pelakon veteran itu adalah Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), iaitu bagi penggiat seni yang banyak berjasa sepanjang berkerjaya sebagai anak seni tanahair.
Fauziah memberitahu mStar bahawa beliau sangat bersyukur dan sememangnya tidak pernah mengimpikan penghargaan seperti ini.
“Dengan pingat ini, saya harap dapat memberi lebih banyak khidmat bakti,” katanya.
Fauziah memulakan kerjaya seni pada sekitar 1974 sebagai seorang penyanyi sebelum aktif berlakon, lapor mStar. Beliau membintangi puluhan drama dan filem sejak 1981 selain aktif membimbing para pelakon baru.
Selain itu, seorang lagi penggiat seni, DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah, pula dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Beliau tersenarai bagi kategori sukarelawan atas jasanya sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air.
Tahun ini menyaksikan seramai 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 yang berlangsung di Istana Negara, antara lain Allahyarhim Nik Aziz dan Lim Kit Siang.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...