Betul Ke Skrin Telefon Buat Kita Nampak Tua? Baca Penjelasan Ini

Apakah cahaya biru atau blue light?

Jika anda orang yang obsess dengan kecantikan dan kesihatan, anda tentu biasa mendengar blue light, sejenis cahaya gelombang biru yang dikaitkan dengan elektronik seperti komputer dan telefon bimbit. Kebanyakkan kajian yang dijalankan ke atas blue light dikaitkan dengan kesan kepada ritma tubuh badan serta gangguan ke atas kitaran waktu tidur sehingga menyebabkan anda tidak bermaya dan mengantuk.

**media[177537]**

Memetik kata-kata daripada Pengasas jenama penjagaan kecantikan mewah de Mamiel iaitu Annee de Mamiel, dia mengatakan pencemaran udara, sinar UV dan radiasi elektromagnetik mengelilingi kita hampir setiap masa. Kehadiran blue light yang kuat daripada telefon bimbit dan tablet adalah antara yang boleh menyebabkan kulit menjadi rosak kerana ia mampu menembusi epidermis kulit. Kemudian terjadilah inflamasi kulit, kulit sensitif dan dehidrasi.

**media[177533]**

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan masalah kulit ini daripada terjadi?

REGIM HARIAN

Minum banyak air

  • Jadikan minum air putih satu tabiat, seeloknya lapan gelas air sehari. Ini bukan nasihat typical yang sering kita dengar kerana air sangat penting untuk menjadi pelincir dalam tubuh badan. tubuh kita akan berlakunya kehilangan cecair disebabkan penyejatan dan peluh serta pembuangan air kecil. jadi, dengan pengambilan lapan gelas air sehari boleh mengimbangi semula pengaliran sistem dalam tubuh. Jangan lupa, air juga boleh membantu mengurangkan berat badan.

**media[177532]**

Tidur secukupnya

  • Kurang tidur boleh menyebabkan kulit muka tidak sihat serta wajah kelihatan kusam serta tidak bermaya. Jangan mengetepikan beauty sleep anda kerana ia menyebabkan saluran darah mengembung dan menyebabkan lingkaran gelap bawah mata.
  • Kulit akan membaiki, menyembuhkan dan mengimbangi semula ketika anda tidur. Pada waktu ini ia bekerja untuk membuang sel kulit lama dan menggantikannya dengan sel kulit baru. Kekurangan waktu tidur akan mengganggu kebanyakan proses yang berlaku untuk kulit.

**media[177535]**

Senaman

  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Jika anda mengalami masalah kulit seperti jerawat atau psoriasis, ambil langkah berjaga-jaga sebelum bersenam. Jangan biarkan masalah kulit memperlahankan atau menghalang aktiviti anda. Pakar kulit mengatakan senaman membantu meningkatkan aliran darah dalam badan dan memelihara kesihatan kulit.
  • Setiap kali anda bersenam, darah membawa oksigen dan nutrien kepada sel termasuk sel kulit dan menjadikannya lebih sihat. Senaman juga membantu untuk menghilangkan serpihan selular dan radikal bebas daripada badan dan membersihkan ia dari dalam.

**media[177534]**

TIP KECANTIKAN DARI RUMAH

Sebagai ratu sehari, kulit yang cerah tanpa cela adalah matlamat utama. Untuk mendapatkan kulit yang cerah, apa kata anda gunakan tip di bawah.

Pek air teh dan madu

  • Jika anda suka haruman dari teh, tentunya anda juga suka ia menjadi bahan untuk kecantikan anda. Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air the dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
  • Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan kenyamanan pada kulit. Antioksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit dari bakteria dan mengekalkan kelembapan.

Apa yang anda perlukan?

  • 1 cawan air teh (suam)
  • 2 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu besar madu

Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.

Kaedah:

Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikannya lembut dan halus.

Share
Published by
Anis Nor Tajul Arus