Betulkan FAKTA COVID-19, Blog DR AMALINA Jadi Sumber Ilmu KESIHATAN

Rata-rata doktor di seluruh dunia sedang bertarung dengan penyebaran wabak pandemik Covid-19. Tidak terkecuali permata hati Malaysia yang kini menetap di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri. Mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tepat tentang kesihatan, Dr. Amalina membuka sebuah laman blog agar dapat berkongsi maklumat kesihatan bersama dunia.

Baru-baru ini beliau melancarkan laman blog peribadinya yang berjudul Ask Dr Amalina. Perkongsiannya mengenai wabak pandemik dunia, COVID-19 menarik perhatian ramai.

 

 

Nama Dr. Amalina seringkali menjadi buah mulut. Superwoman yang datang menghulur bantuan kepada adik Ainul tidak lama dulu menjadi sebutan sehingga ke hari ini. Doktor bedah di United Kingdom ini sedang melanjutkan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di peringkat PhD di Imperial College London.

Jika sebelum ini Dr. Amalina banyak berkongsi maklumat kesihatan dan memberi informasi lebih tepat mengenai bidang perubatan di laman Instagramnya, kini beliau memilih untuk membuka laman sesawang sendiri bagi menyampaikan maklumat lebih tepat mengikut sains perubatan.

Banyak informasi dikongsikan bersama terutamanya dalam soal penyebaran wabak Covid-19 dan beberapa diskusi lain mengenainya. Dr. Amalina sendiri terpaksa bekerja dalam shif 24 jam kerana kes Covid-19 di United Kingdom sangat membimbangkan.

 

Lebih penting lagi, Dr. Amalina juga memberikan tips penjagaan kebersihan yang perlu diamalkan antaranya:

  1. Cuci tangan sekurang-kurangnya selama 20 saat. Sebagai alternatif, gunakan hand sanitizer yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol.
  2. Bersin atau batuk dengan menggunakan siku untuk mengelakkan terkena pada orang lain.
  3. Penjarakkan sosial. Gunakan jarak 1 meter dari orang lain. Elakkan bersalaman. Buat rakyat Malaysia, ikut arahan Perintah Kawalan Pergerakkan.
  4. Elakkan PANIC BUYING atau pembelian panik.
  5. Jangan sebarkan maklumat tidak sahih!

“This is a global effort, we are not racing against each other, we are racing against the virus. Please help and support each other, BE KIND. Please pray for us, healthcare professionals all over the world for working around the clock to keep everyone safe. To all my dear colleagues no matter where you are, thank you for your service.” -DR. AMALINA

Sumber: IG Dr Amalina

Share
Published by
KR