Penyanyi tersohor, Beyonce mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman. Beyonce berjaya merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, jam 8 pagi ini (waktu Malaysia).
Penyanyi R&B dan pop itu memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).
Ia sekali gus melengkapkan trofi Grammy ke-32 dan berjaya memintas rekod yang dipegang oleh Georg Solti dengan 31 trofi.
“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja.
“Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong. Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah.
“Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya. Moga Tuhan merahmati kamu.
“Terima kasih Grammy,” kata Beyonce ketika menerima trofi Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik, hari ini.
Anugerah Grammy pada edisi kali ini menyaksikan Beyonce mendahului dengan sembilan pencalonan. – AGENSI
Peruncit Berprofil Tinggi Topshop Terima £50 JUTA Pinjaman Kecemasan Elak ‘Kejatuhan’
Buat peminat jenama Topshop, ini mungkin berita yang tidak mahu didengari. Jenama ini mungkin tidak akan lagi dapat dijumpai di gedung beli belah ekoran pemiliknya menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi perniagaannya. Peruncit pakaian Britain, Arcadia yang merupakan pemilik rangkaian fesyen terkemuka Topshop terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Selain Topshop, jenama yang berada di bawah satu bumbung dengannya, Topman, Dorothy Perkins, Burton, Miss Selfridge, Evans dan Wallis turut menerima tempias yang sama. Selain penularan pandemik ini, faktor yang menjadikan Arcadia hampir muflis adalah kerana persaingan sengit dalam talian.
Kegagalan mempertahankan peruncit berprofil tinggi memberi tamparan hebat kepada ketua Arcadia, Philip Green. Seperti yang dilaporkan oleh British Broadcasting Corporation (BBC), situasi ini bukan sahaja boleh menjatuhkan reputasi Philip Green sebagai ketua malah turut menjejaskan kira-kira 13,000 pekerjaan.
Walau bagaimanapun mungkin ada sinar untuk mempertahankan peruncit berprofil tinggi ini daripada muflis apabila hartawan pakaian sukan Fraser Group menawarkan pinjaman sebanyak £50 juta. Mike Ashley yang merupakan pemilik Fraser Group ini turut memiliki kelab bola sepak Newcastle United.
Tak yah bersesak-sesak nak beli barang keperluan harian, klik sini jer. 12.12 banyak offer tau!
Momen Indah Sultan Selangor & Permaisuri Ke Qatar National Library, Kagumi Manuskrip Usia 1,300 Tahun
Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat melakukan lawatan peribadi ke Qatar National Library di Doha, Qatar.
Baginda diiringi oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Semasa di Qatar National Library, Baginda menzahirkan rasa kagum dengan koleksi hampir sejuta naskhah buku, di samping arkib manuskrip lama serta peta-peta turun temurun dunia arab yang masih disimpan dengan elok.
Baginda turut melawat ke National Museum of Qatar dan memuji rekabentuk bangunannya yang menyimpan pelbagai artifak dan bahan-bahan sejarah sejak awal penubuhan negara itu.
Semasa berada di Doha juga, Baginda berdua melawat ke Museum of Islamic Arts yang menempatkan koleksi buku-buku peradaban Islam, bahan-bahan kesenian Islam, kaligrafi, serta tekstil yang ada di antaranya berusia hampir 1,300 tahun.
Baginda kemudian berkesempatan singgah ke Olympic and Sports Museum yang merupakan muzium sukan terbesar di dunia.
Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi berharga yang disumbangkan oleh atlet-atlet sukan tersohor dunia termasuk jersi dan piala.
Sumber: Selangorkini
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Amalkan 6 REMPAH RATUS Ni Untuk Hindar Penyakit, InsyaAllah Berkesan!
Peminat masakan tempatan mahupun Barat tentu sekali arif dengan pelbagai rempah ratus yang berfungsi untuk menambah aroma dan rasa hidangan. Selain membangkitkan kelazatan, tahukah anda bahawa ia juga memiliki kuasa penyembuhan yang luar biasa? Ayuh teliti pelbagai kurnia kesihatan yang dimiliki oleh rempah ratus di bawah.
- BAWANG PUTIH
Keharuman aroma bawang putih terhasil daripada allicin, sejenis sulfur yang mengandungi khasiat perubatan herba. Jika diamalkan setiap hari, bawang putih dapat membantu untuk merendahkan risiko penyakit jantung sehingga 76%, mengurangkan paras kolesterol, mencairkan darah (mengelakkan darah beku) serta membekalkan antioksidan. Ia juga berupaya menyisihkan karsinogen yang memusnahkan sel DNA.
- CENGKIH
Biji cengkih mengandungi khasiat antiradang yang dikenali sebagai eugenol serta antioksidan untuk melindungi anda daripada penyakit jantung serta kerosakan sendi rawan atau otot akibat artritis. Selain itu, penghidap sakit gigi juga boleh mencuba petua berikut. Kunyah beberapa biji cengkih dan alihkan ke arah gigi yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Minyak cengkih dapat memberi efek kebas dan membunuh bakteria.
- HALIA
Para penyelidik mendapati bahawa halia baik untuk menentang inflamasi. Gabungan halia dan kunyit juga mampu mengurangkan kesakitan atau bengkak bagi penghidap artritis. Ia turut berkesan untuk mengurangkan simptom migrain serta mencegah dan melambatkan pertumbuhan kanser. Selain itu, halia dapat meneutralkan asid, mengurangkan rasa loya dan meningkatkan jus penghadaman.
- KETUMBAR
Turut dikenali sebagai parsli Cina, ketumbar sering digunakan secara meluas dalam masakan Thai, Vietnam dan India. Ia dipercayai baik untuk meredakan masalah penghadaman, malah amat sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah usus atau diarea. Selain itu, kajian ke atas ketumbar juga mendapati bahawa ia boleh mengurangkan kolesterol serta diperkaya dengan antioksidan yang tinggi.
- KULIT KAYU MANIS
Aromanya yang manis dan rasanya yang enak pasti membuatkan ramai yang sukar percaya bahawa kulit kayu manis dapat membantu meningkatkan kawalan gula darah bagi pesakit diabetes. Ia baik untuk meningkatkan fungsi insulin dan merendahkan paras gula darah dengan hanya pengambilan ½ – ¼ sudu teh sehari. Selain itu, rempah ini juga mengandungi khasiat antibakteria dan antiradang serta baik untuk meredakan masalah pedih ulu hati.
- KUNYIT
Kuasa kunyit mula mendapat perhatian penyelidik selepas didapati baik untuk membantu menentang kanser. Bahan yang terdapat di dalam warna kuningnya dikenali sebagai curcumin dan dianggap sebagai agen antikanser. Ia dapat membantu untuk meredakan inflamasi yang mencetus tumbesaran tumor, malah turut berfungsi sebaik brokoli atau kubis bunga untuk membunuh karsinogen.