Murah rezeki Fazeera Nazri Azrai dan Fizo Omar! Mana tidaknya, jika kebanyakan suami isteri terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk timang cahaya mata sebaliknya pasangan ini dikurniakan rezeki mempunyai dua orang anak dalam jangka masa singkat. Alhamdulillah.

Tidak menyangka rezeki untuk timang anak kedua secepat ini, Fazeera atau mesra disapa Faz bagaimana pun memanjat kesyukuran atas anugerah terindah tersebut. Ketika dihubungi Nona, ibu muda berusia 27 tahun ini hamil lima bulan.

Ads

“Alhamdulillah sekarang ni seperti semua orang dah tahu, Faz pregnant anak kedua. Gap baby dalam perut dengan anak pertama, Khaleeda sekitar 11 months je. Dah buat check up dengan doktor, semua ok dan baby sihat.

Faz sekarang ni housewife dan kerja part time buat research untuk content leadership program. At the same time, Faz pun nak habis degree dan Faz dan Fizo sepakat nak sambung Master in Psychology by tengah tahun ini juga. Aamiin,” dedah Faz yang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan pendidikan di UNITAR.

Baca : https://www.nona.my/sambung-degree-suka-bagi-motivasi-isteri-cantik-fizo-omar-bijak-ada-pakej-lengkap/

“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry

Selamat melahirkan puteri sulung pada 25 Jun 2022 yang diberi nama Wan Khaleeda, berita kehamilan kedua Faz nyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminat. Apatah lagi, Khaleeda waktu itu baru berusia sekitar dua bulan.

Menceritakan detik hamil anak kedua, dia dan Fizo turut terkejut apabila ujian kehamilan menunjukkan tanda positif. “Faz baru sedar hamil anak kedua ni bila Faz balik Sarawak dalam empat bulan lepas. Masa tu Faz dah pregnant almost 2 months.

Waktu tu dah dekat dua bulan lambat period. So bila pergi check, beli pregnancy test dan dua kali buat ujian, confirm Faz dah pregnant. Fizo pula masa tu dekat KL dan Faz di Sarawak. I texted him, hantar gambar pregnancy test and masing-masing terkejut.”

Tambahnya lagi, keluarga turut gembira bila dapat tahu berita tersebut. “Alhamdulillah they are all excited and happy untuk menerima ahli keluarga baru dalam masa terdekat ni. Especially Maryam, dia sangat-sangat happy untuk dapat adik yang second ni.

I’m so blessed to have this kind of family yang sangat supportive and husband yang very helpful dalam membantu Faz menguruskan anak pertama Khaleeda sebab dia faham Faz penat.

Ads

Kehamilan anak kedua ni, kami tak rancang tapi alhamdulillah rezeki. Kami menerimanya sebagai rezeki dan percaya bahawa setiap anak ni mempunyai rezeki mereka tersendiri. Kalau diizinkan, kami rancang untuk ada empat orang anak.

“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry

Honestly, sebelum tahu pregnant tu memang tak prepare apa-apa sebab tak dirancang. Tapi seperti yang saya cakap, family dan husband serta adik-beradik very helpful and attentive. Banyak tolong dan support jaga baby. Sangat bersyukurlah dapat family yang sangat faham my situation.

Mereka banyak beri moral support dan Faz become mentally and physically prepared for this because of them.”

Ditanya perubahan terbesar dirinya selepas bergelar ibu, Faz sambil ketawa berkata dia bersyukur dapat menggalas tugas tersebut sebaiknya.

Ads
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @fizoomar
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry
“Beza Khaleeda & Adik Dia Ni 11 Bulan Je,” FAZEERA Syukur Rezeki Tak Rancang & Bakal Sambung Master!
Kredit Instagram @ffezyranesry

“Sepanjang kelahiran Khaleeda, banyak benda Faz belajar. Belajar menguruskan masa, lebih berdisiplin dan well organized. Sebab sebelum ni kita utamakan dan hanya fokus diri sendiri sebelum keluar.

Tapi sekarang semuanya anak dulu. Fizo sejak ada anak kecil ni dia sangat attached to the baby. Baby pun very clingy dengan dia. Apa-apa kalau terlalu busy, dia try to avoid packed schedule sebab dia nak spend more time with family, especially dengan baby.”

Faz yang merupakan wanita kelahiran Kuching, Sarawak dan bekas pramugari mendirikan rumah tangga bersama Fizo Omar pada 21 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan terdahulu Fizo, dia mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI