Cinta Bollywood dan Hollywood! Dua artis antarabangsa terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas yang dilaporkan mula hangat bercinta sekitar Julai lepas disahkan telah melangsungkan majlis pertunangan mereka di Mumbai, India.
Pasangan ‘hot’ ini berkongsi berita gembira bersama peminat dengan memuat naik gambar sekitar majlis pertunangan mereka di laman Instagram masing-masing.
Priyanka yang kini berusia 35 tahun dan Nick, 25 ternyata gembira dengan keputusan mereka untuk bertunang. Bahkan, perbezaan usia 10 tahun juga tidak menjadi penghalang untuk melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi.
Nampaknya, selepas ini Priyanka dan Nick kena lah belajar budaya masing-masing supaya nanti tak adalah awkward
sangat bila nak beramah mesra dengan ahli keluarga. Tak sabar nak tunggu berita perkahwinan pasangan ni pula.This website uses cookies.