Ramai berpendapat produk yang menjalani proses teknologi memberikan hasil yang lebih baik kepada kulit. Tahukah anda bahawa apa yang kita makan dengan mudahnya menyerlahkan kecantikan diri? Cara terbaik untuk anda yang ingin mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet harian kerana bajet lebih rendah berbanding produk kosmetik lain.
Cuaca panas menyebabkan pigmentasi kulit berubah menjadi gelap dan meninggalkan noda gelap pada wajah. ia disebabkan pendedahan terhadap cahaya UV. Oleh yang demikian, diet memainkan peranan penting agar ia dapat melindungi keperluan nutrien kulit.
DIY: Campurkan kacang peas dengan salad atau jadikannya stew. Ambillah kacang peas setiap hari agar kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.
DIY: Rendam cendawan bersama minyak bijan untuk dijadikan mask wajah dua kali seminggu. Campurkan juga cendawan dalam masakan seperti sup dan salad agar ia menjadi lebih berkhasiat.
DIY: Ambil perahan jus timun dan lemon kemudian sapukan pada wajah. selepas 15 minit, cuci bersih dan ulanginya dua kali seminggu. Anda boleh lihat perubahannya selepas satu bulan.
Di samping itu, anda juga boleh menjadikan timun sebagai masker. Hanya kisar dan jadikannya puri kemudian sapukan pada kulit wajah. lakukannya setiap hari selama 20 minit.
DIY: Hiris tomato dan sapu pada wajah dengan cara memutar selama 15 minit selama 20 hingga 25 minit. Kemudian cuci wajah dengan air sejuk. Dengan cara ini, kulit akan mencerahkan kulit dan menjadikannya tampak lebih muda.
Ambil dua hingga tiga sudu besar tomato yang ditumbuk lumat dan campurkan dengan lima hingga enam titis jus lemon. Ulangi cara ini selama sebulan untuk lihat hasilnya.
*Jus lemon akan membuatkan kulit anda terasa ketat dan pedih tetapi ia akan berkurangan jika anda sering melakukannya.
DIY: Makan lobak merah dan minum segelas jus lobak merah tiga kali seminggu untuk kulit lebih berseri. Jus lobak merah bertindak sebagai anti-radang dan bagus untuk menjadikan kulit halus dan lembut. Bersihkan lobak, buang kulit dan tumbuk halus kemudian campurkan bersama dua sudu teh madu dan kuning telur agar menjadi pes. Sapukan pada wajah (elakkan bahagian mata dan mulut). Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam.
DIY: Hiris ubi kentang menjadi kepingan nipis dan perahkan jusnya pada kapas. Kemudian, sapukan pada wajah selama 15 minit. Selepas itu bilas bersih dan ulangi dua kali sehari selama beberapa minggu sehingga anda melihat sendiri kesannya. ubi kentang bukan sahaja mencerahkan kulit tetapi membantu menghilangkan parut.
This website uses cookies.