Tiba-tiba berjurai air mata baca perkongsian doktor pediatrik, Dr Redza Zainol tentang isterinya ini. Ada benarnya bila beliau kata, kereta tu tempat paling tenang untuk seorang isteri.
Kita ni kadang-kadang penat. Tapi tak terluah sebenarnya. Bukan merungut, sebab hakikatnya kita bahagia dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Tapi itulah, rasa penat itu cukup terasa lebih-lebih lagi bila jadi penumpang dalam kereta.
Ads
Sekadar renungan buat para suami di luar sana…
===================
Saya perhati je sejak kami masuk ke dalam kereta.
Pada mulanya kami rancak berborak sampailah lama-lama tu baru saya perasan. Eh, senyap je.
Rupa-rupanya isteri dah tertidur.
Dulu masa mula-mula nampak isteri saya tertidur dalam kereta, saya tersenyum seorang diri. Saya fikir ruginya tidur dalam kereta.
Saya ni jenis yang suka tengok keadaan sekeliling.
Dah lama kahwin, barulah saya perasan yang isteri saya tidur tu sebenarnya sebab dia sedang kepenatan.
Sejak tu, saya akan biarkan je dia tidur selena-lenanya.
Kalau di lebuh raya, saya akan pandu kereta dalam kelajuan yang sama dan saya tak akan potong kereta lain melainkan kalau sangat perlu.
Kalau boleh, saya tak nak dia terbangun pun. Biarlah dia rehat.
Yang kelakarnya, setiap kali dia terjaga dari tidur, dia akan rasa bersalah sebab tertidur. Dia kata dia patutnya temankan saya masa memandu. Saya gelak je. Nak tidur, tidur je lah.
Sebenarnya, bila isteri kita ada dalam kereta, itu boleh jadi tempat yang paling tenang untuk mereka. Bilik mandi pun tak setenang macam dalam kereta.
Ads
Dalam kereta, minda isteri bertukar kepada minda berehat. Mereka tak lagi nampak dapur yang bersepah, lantai yang kotor atau baju yang bersepah.
Setiap masa di rumah, otak isteri akan bekerja tanpa henti menguruskan itu dan ini di rumah. Tak habis satu, ada lagi satu kerja nak dibuat.
Tapi bila masuk dalam kereta semua imej rumah bersepah, baju bertimbun pun menghilang. Sebab tu bila masuk dalam kereta, terus otak dan badan isteri sama-sama berehat.
Jadi bila isteri ajak kita keluar rumah, niat tanpa sedar sebenarnya dia cuma nak berehat.
Kadang-kadang suami nampak isteri macam malas nak temankan suami memandu sebab asyik tidur. Itu bukan malas tapi kemungkinan besar isteri sedang ada penat yang melampau.
Ads
Percayalah, kalau isteri dapat tidur walaupun hanya 20 minit, kita boleh nampak muka dia jadi segar dan lebih berseri-seri. Sebab tu saya tak berkira pun kalau dia nak tidur.
Bila isteri terlalu penat, isteri yang baik pun boleh berubah menjadi garang pada anak-anak dan keluarga.
Kalau nampak isteri tengah tak keruan dan masam muka sepanjang hari, itulah tanda mereka sedang kepenatan.
Cuti hujung minggu ni bawalah mereka berjalan.
Bila isteri dapat rehat yang cukup, dia akan membahagiakan keluarganya semula. Isteri ni kadang-kadang tak tahu macam mana nak cerita benda begini pada suami.
===================
Bertuah sungguh dapat suami memahami macam ni. Wanita bukanlah nak perhatian berlebihan, cukuplah sekadar faham dan tolong serba sedikit ringankan pekerjaannya pun dah memadai!
Ibarat bulan jatuh ke riba! Kompas hidup Georgina Rodriguez berubah sepenuhnya sejak dia bertemu bintang bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo sekitar tahun 2016.
Tidak menyangka menjadi pendamping Ronaldo hingga ke hari ini, Georgina yang berasal dari perkampungan kecil di Jaca, Selatan Sepanyol kini menikmati kehidupan mewah
dan penuh glamor apabila bergelar tunang kepada pemain kebanggaan kelab Juventus tersebut.
Hampir empat tahun menjalin hubungan cinta, mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia dua tahun yang diberi nama Alana Martina. Pun begitu, Georgina turut
dilaporkan menjaga tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Junior dan anak kembar, Eva dan Mateo. Baiknya hati ibu berusia 26 tahun ini… patutlah Ronaldo sayang!
Terharu dengan pengorbanan Georgina tersebut, Ronaldo dilihat tidak lokek berkongsi kesenangan dengan memberi elaun sebanyak £80,000 atau lebih RM432 ribu sebulan
kepada wanita istimewa itu bagi menyara keperluan hidupnya yang tinggi.
Bintang Portugal berkenaan dan Georgina dikatakan menjalani gaya hidup mewah di Turin, Itali ketika ini dengan pendapatan Ronaldo bersama Juventus dianggarkan mencecah sehingga RM151 juta setahun!
Dengan jutaan ringgit yang diterima, tidak hairanlah Ronaldo dan Georgina termasuk empat anak mereka dapat terus bahagia melayari hidup serba mewah. Bercuti menaiki
jet peribadi mahupun percutian di atas kapal mewah sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Begitu juga hadiah sambutan hari lahir yang pastinya bukan calang-calang. Pada ulang tahun kelahiran Ronaldo ke-35 lalu, Georgina menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes G-Wagon kepada tunangnya yang dianggarkan harga bermula dari £93,000 atau kira-kira RM503 ribu.
https://www.instagram.com/p/B8My4VLIIVp/
Bukan itu saja, pasangan ini juga dilihat kerap mengenakan aksesori mahal. Salah satu daripadanya ialah pada bulan lalu ketika Ronaldo dilihat memakai seutas jam tangan
berjenama mewah Rolex yang bernilai USD721 Ribu! Sementara Georgina pula dilaporkan meraih USD12,830 bagi setiap post Instagram miliknya yang kini mempunyai 16.5 juta followers.
Mengintai latar belakang Georgina, wanita kelahiran Sepanyol ini merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak Argentina yang dikenali sebagai Jorge manakala ibunya
bernama Ana. Ketika kecil, Georgina bercita-cita mahu menjadi seorang penari balet namun terpaksa melupakan impian tersebut kerana kesempitan hidup keluarganya.
Georgina juga pernah tinggal di sebuah apartmen yang kecil dan bekerja sebagai pelayan restoran sebelum berhijrah ke Bristol pada usia 19 tahun. Ketika berada di Bristol, Georgina diambil bekerja sebagai pengasuh budak dan menerima bayaran USD18.50 sejam. Berkat kesungguhan mahu menjalani hidup lebih baik, dia gigih mempelajari kemahiran berbahasa dan kembali semula ke Sepanyol untuk mengejar cita-cita bekerja di butik jenama mewah di Madrid.
Dia kemudian diterima bekerja di butik Gucci dan di situlah Georgina dan Ronaldo bertemu sebelum menjalin hubungan lebih serius hingga sekarang.
Sumber: The Sun
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secebis kisah dari Mahkamah Syariah, kes yang diceritakan semula oleh Tuan Fahmi Ramli, Peguam Syarie dari Tetuan Khairul Fahmi & Associates ini memang memberi banyak pengajaran.
Kalau cerita bab ni, saya percaya ramai wanita akan cakap padan muka. Tapi, ingat, ketika cerita ini dikongsi, niatnya adalah untuk beri peringatan baik kepada wanita-wanita yang ada niat untuk menjadi isteri kepada seseorang lelaki yang telah berkahwin.
Ada satu kisah dimana seorang isteri ini datang mengadu kepada saya untuk membuat permohonan fasakh iaitu membubarkan perkahwinannya dengan suami.
Wanita ini masih muda. Bawah 25, elok rupanya. Bila ditanya, berapa lama telah kahwin, katanya dalam setahun lebih. Rupanya berkahwin secara senyap di Sempadan Thailand sebab suaminya adalah ‘Suami Orang’.
Saya cakap, “Puan kena buat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dulu, baru boleh buat fasakh sebab sijil nikah siam puan tak terpakai di Mahkamah Malaysia ini”.
Saya tanya, kenapa pilih untuk kahwin di Siam?
Jawapannya, “Suami saya tak mahu isteri pertama tahu. Lagi pula, mereka dah berhubungan sulit selama beberapa tahun.”
Wanita tersebut pada awalnya percaya bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang berharta. Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar date dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah iPhone 11.
Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.
Bila dah berkahwin ni baru tahu, rupanya lelaki tersebut tidak ada pekerjaan tetap, sebaliknya isterinya yang memiliki harta-harta termasuk kereta mewah sebelum ini.
Isteri pertama pun dah dapat tahu tentang perbuatan curang suaminya serta tahu tentang pernikahan ini. Dan isteri tersebut telah memfailkan perceraian.
Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di Mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.
Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya dimana bekas isteri menuntut Nafkah Anak, Nafkah Eddah, Nafkah Tertunggak dan Mutaah.
Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.
Akhirnya, wanita ini menyesal dan minta kisah ini disampaikan kepada wanita-wanita lain agar menjadi pedoman kepada mereka. Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja. Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...