Rindu kepada orang yang ‘dah tiada’ memang sakit yang sukar dibendung. Sakit menanggung rindu kepada yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Rasa kehilangan itu hanya dirasai oleh mereka yang pernah melaluinya.
Telah dua tahun berlalu tetapi Nora Ariffin tetap merasai ‘kehilangan’ suaminya yang tercinta, komposer terkenal Johan Ariffin. Kini pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun kadang-kadang rasa rindu itu datang menyapa.
Nora turut merasakan ‘sakit’ apabila mendengar berita orang disekelilingnya yang baru menghadapi situasi yang pernah dilalui oleh ibu kepada empat orang cahaya mata ini. Rasa itu telah dikongsikan oleh wanita yang berusia 46 tahun ini di laman media sosialnya.
Kongsi Nora,” Kebelakangan ini, ramai yang kehilangan suami tercinta. Takziah saya ucapkan. Rasa simpati dan sedih dapat saya rasakan. Kita sayang suami kita tapi, Allah SWT lebih sayang dia lagi.
Ads
Tiada siapa yang minta musibah sebegini. Kita jaga suami kita sebaik mungkin tapi Allah SWT ambik balik. Di saat kita belum bersedia.
Bolehkah kita berunding dengan Allah SWT minta ditangguhkan? Bolehkah kita menghalang kehendak Allah SWT? Bolehkah kita menyalahkan orang lain? Tidak sama sekali. Kerana itu yang namanya QADA & QADAR, ketentuan Allah SWT.
Kita tidak boleh memilih suka dan bahagia selamanya. Kerana dunia ini sementara dan penuh dengan ujian. Kerana suka dan duka itu adalah RAHMAT ALLAH SWT.
Ads
Jangan kita seronok dengan nikmat saja. Bila ditimpa ujian, kita tak boleh terima. Lebih parah bila kita mula menyalahkan orang lain, nauzubillah..
Mustahil ada orang yang mahukan derita. Tapi itu namanya REDA. Memang susah nak terima. Tapi itulah UJIAN. Ujian dari Allah SWT untuk meningkatkan iman kita. Belum tentu beriman seseorang itu selagi mereka belum diuji.
Kepada mereka yang senasib dengan saya, bertabahlah dan sabar. Pedulikan kata-kata manusia, buat apa yg diredai Allah SWT. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
Ads
Kepada yang masih punya segalanya, bersyukur lah. Jangan sesekali memandang rendah, melempar fitnah, menghina orang lain kerana kita pun bukan sempurna. Kita belum tahu nasib kita bagaimana.
Berdoalah yang baik-baik. Husnudzan pada Allah SWT. Apa yang kita miliki semuanya adalah sementara. Wallahuallam,” kata Nora yang kini lebih suka menyibukkan diri dengan pelbagai urusan termasuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan suaminya.
Sekali lagi Nora telah berpesan kepada pengikutnya, “Biarlah apa mereka kata, bawalah diri, ubatilah hati dengan berserah kepada Allah SWT yang Lebih Mengetahui,” katanya.
Nora turut menyelitkan Firman Allah SWT yang berbunyi, “Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik,”. Surah 73, Al-Muzzammil, Ayat 9-10.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ini jarang kita lihat mana-mana artis mahupun selebriti popular yang tidak membawa jurufoto profesional mahupun jurufoto peribadi khususnya ketika bercuti ke luar negara.
Namun berlainan pula dengan artis terkenal tanahair, Ika Nabella yang popular dengan drama bersiri Bahagia Bukan Bidaan. Ika Nabella juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6.
TAK BAWA JURUFOTO PERIBADI
Menjadikan percutian sebahagian daripada hobinya bersama suami, Ika Nabella berkongsi setiap travelog percutiannya ke dalam Instagram peribadi dengan meletakkan #IkaOnVacay agar dapat memberikan inspirasi buat para pengikutnya.
Apa yang menariknya lagi, setiap koleksi gambar yang dikongsi di Instagram adalah hasil bidikan serta editing yang dilakukan sendiri oleh Ika dan suaminya, Muhammad Zaid Dato’ Aznam. Hasilnya memang sangat mengagumkan setaraf jurufoto profesional!
“Setiap kali pergi bercuti kami tak pernah bawa jurufoto profesional. Selalunya kami akan bawa sekali tripod dan rajin menukar lens demi mendapatkan gambar yang cantik. Sebelum ambil gambar saya akan tentukan dulu sudut mana yang sesuai dan kemudian saya serahkan kepada suami untuk mengambil gambar secantik mungkin.
Walaupun hasilnya taklah sehebat jurufoto profesional tapi kami tetap berpuas hati. Apa yang penting saya dan suami dapat menikmati setiap momen percutian berdua tanpa sebarang gangguan.
Selalunya sebelum pergi bercuti saya akan selesaikan dulu perancangan percutian dan susun jadual kerja siap-siap. Sebaik tamat saja penggambaran saya akan terus terbang ke destinasi percutian itu. Sekembali ke Malaysia saya akan mula dengan projek baru yang dah disusun sebelumnya. Bagi saya pengurusan masa yang baik sangat penting.”
Menurut Ika Nabella pertama kali dirinya dibenarkan oleh kedua ibu bapanya untuk pergi bercuti ke luar negara termasuk London secara solo ketika dia berusia 19 tahun. Bermula detik itu minatnya terhadap percutian bertukar menjadi hobi.
KEPUASAN
“Bergantung kepada jenis percutian sama ada mewah atau sebaliknya. Saya lebih gemar ke tempat-tempat yang tak pernah atau jarang orang kunjungi. Tak semua negara kita boleh menikmati percutian mahupun membeli belah dengan cara mewah.
Sebab ada sesetengah tempat kita perlu juga menyediakan lebih masa untuk menikmati keindahan alam. Bagi saya percutian lebih kepada mengajar saya erti kehidupan sebenar Melalui percutian juga saya dapat merasai serta melihat budaya, cuaca, makanan, kehidupan dan ragam masyarakat di negara-negara lain di samping mencari kenalan baru.
Melihat kebesaran Allah SWT menjadikan saya lebih muhasabah diri. Saya bersyukur dan bertuah kerana bergelar rakyat Malaysia! Itulah makna kepuasan sebenar buat saya setiap kali pergi bercuti.”
MOMEN TERINDAH
Salah satu detik percutian terindah ialah detik bulan madu kami di Maldives walaupun ia dirancang saat akhir. Mulanya kami mahu ke Eropah tetapi diubah ke Maldives kerana kami merasakan ia lebih menarik dan romantik.” Ika Nabella juga khabarnya bakal mengambil lesen menyelam tak lama lagi. Semoga dipermudahkan segalanya.
Selain aktif berlakon, Ika juga aktif mengusahakan bisnes online serta event based di samping memiliki produknya sendiri iaitu koleksi pakaian Cract.KL, Hijab By IkaNabella dan SambalBiniBowie.
Kredit Foto: Instagram Ika Nabella
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik kesejukan cuaca Malaysia yang sampai ke tulang hitam, bayangkan budak lelaki ini sanggup meredah salji untuk menjalani peperiksaan akhir di sekolahnya.
Bertahun-tahun lalu, impian bersekolah hanya dinikmati oleh orang-orang tertentu saja. Golongan cerdik pandai selalu dipuji dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Sayangnya pelajar zaman ini suka mengambil kesempatan terhadap kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan. Minat belajar semakin berkurangan dan dianggap menyusahkan.
Tapi berbeza kali ini. Dia sanggup berkorban hanya untuk sampai ke sekolah walaupun perlu berjalan selama sejam dalam suhu beku -9 darjah Celsius. Jarak rumahnya ke sekolah di Ludian County, barat selatan China pula adalah sejauh 4.5km.
Sewaktu menjelangnya peperiksaan akhir, keadaan budak lelaki ini sewaktu tiba ke sekolah menyentuh perasaan ramai orang. Dia tiba dengan pipi merah kesejukan, berjaket panas dan rambutnya dilitupi salji.
Ramai kawan-kawan sekolah mentertawakannya.
Menurut guru besar mereka yang dikenali sebagai Fu, budak lelaki dalam gred 3 itu sememangnya seorang pelajar yang pintar dan jarang ponteng sekolah.
Kisah ini berjaya membuka mata netizen yang selalunya kerap menghentam orang lain. Ramai yang mengatakan bahawa kesusahan budak ini pasti menjadi pembakar semangatnya untuk berjaya pada masa depan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mak-mak yang mengadu anak mereka kurang tumpuan dalam pembelajaran di sekolah dan sukar untuk fokus kepada sesuatu perkara lebih daripada 10 minit. Anak-anak zaman millineal ini akan duduk diam jika di tangan mereka terdapat gajet dan akan mula mengamuk jika gajet tersebut dirampas akibat terlalu leka.
Kajian menunjukkan pendedahan awal terhadap teknologi di kalangan kanak-kanak seperti telefon bimbit atau tablet akan mengakibatkan fungsi dan pemerhatian mereka akan mengalami defisit secara perlahan-lahan.
Teknologi yang bergerak pantas ini juga akan membuatkan kanak-kanak cepat bimbang, masalah kognitif dan mengganggu pembelajaran dalam bilik darjah. Akibat terlalu terdedah kepada teknologi moden kanak-kanak bakal menghadapi peningkatan kesan impuls dan merangsang kanak-kanak menjadi tantrum.
Pasangan diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton antara contoh yang boleh diikuti dalam mendidik anak-anak mereka. Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini berharta dan moden tetapi mereka tetap menerapkan pendidikan yang konservatif seperti mereka membesar dahulu. Putera William dan Kate Middleton menolak mentah-mentah penggunaan gajet di kalangan anak-anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis.
Putera William dan Kate Middleton;
Tidak membenarkan anak-anaknya bermain dengan IPad di dalam rumah.
Kate dan William membesar tanpa sebarang penggunaan gajet. Jadi pasangan diraja ini mahu mempastikan anak-anak mereka juga membesar sebegitu.
Kedua-dua pasangan ini lebih mempercayai bermain dengan patung permainan dan melakukan aktiviti luar sebagai pendidikan awal untuk anak-anak mereka.
Kate juga begitu menggalakkan anak-anaknya merangsang imaginasi dalam pembelajaran seperti membuat eksperimen dengan objek atau melalui pengalaman bermain.
Kedua-dua anak Putera Willian dan Kate Middleton ini, George Dan Charlotte menghabiskan masa dengan menunggang basikal dan bermain Disney Princess.
Melalui perkongsian Prof Muhaya di laman Instagramnya, “Lihat bagaimana cucu Lady Diana di didik alphabet dengan menyebut ayat-ayat dan kata kata dari Bible. Allahuakbar alangkah baik kita mula melakar untuk anak anak kita. Semoga ustaz dan ustazah boleh memulakannya,” kata Prof Muhaya.
Sangat berbeza dengan anak-anak kita iaitu A for Apple, B for Bus and C for Cat.
Perkongsian foto terbaharu mengenai Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi Instagram milik jurugambar ...