Jarang kita mendengar selebriti-selebriti terkenal antarabangsa apatah lagi model untuk menyuarakan pendapat secara lantang tentang pencerobohan Israel di Palestin. Namun tidak bagi model terkenal ini, beliau yang merupakan pilihan pelbagai jenama fesyen antarabangsa merupakan seorang wanita yang berdarah keturunan Palestin dari sebelah bapanya, Mohamed Hadid.
Sedih dengan apa yang menimpa Palestin berikutan pengumuman Donald Trump mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel, Bella yang baru selesai menghadiri majlis jam tangan Tag Heuer di Kota London meluangkan masa menyertai perarakan berdekatan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah keputusan presiden tersebut dalam balutan busana gaun rona merah hati dan juga kot bulu putih.
Tindakan Bella yang tidak gentar dikritik oleh puak pro-Israel ini menunjukkan bahawa kesungguhannya yang mahu usaha menyedarkan dunia apa yang terjadi di Palestin menerusi statusnya sebagai seorang bintang terkenal. Tahniah diucapkan kepada wanita berusia 21 tahun yang masih berpijak di bumi nyata dan menghargai mereka yang tertindas di Palestin. Sekurang-kurangnya pihak media barat membawa cerita ini lebih meluas dengan kehadirannya.
Giat Aktif Dalam Misi Kemanusiaan, MIZZ NINA Dianugerah Ikon Aktivis Bersempena Maulidur Rasul
Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini yang disambut di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Selebriti berkenaan yang nama sebenarnya Syazrina Azman, 42 tahun dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan atas segala usahanya dalam misi kemanusiaannya selama ini.
Mizz Nina sememangnya sinonim dengan aktiviti sukarelewan kerana sering berkongsi setiap aktiviti kemasyarakatan yang dilakukannya terutama menjalankan misi di negara bergolak seperti Syria bersama-sama dengan peminat dan pengikutnya di media sosial Berita baik itu turut dikongsikan dalam laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), hari ini menerusi hantaran di Instagram @myjakim.
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada semua ikon yang terpilih. Meninjau Insta Story Mizz Nina, Mizz Nina dilihat turut memuat naik paparan senarai anugerah di samping menulis potongan ucapan terima kasih kepada semua termasuk pihak Jakim, peminat serta rakan-rakan selebriti.
“Saya Memang Dah Jangka Akan Tersingkir” -Fazlia. 5 Finalis Mara Ke Pentas Akhir PENCARIAN NONA SUPERWOMAN
Program realiti TV, Pencarian Nona Superwoman semakin hampir ke penghujungnya. Cabaran kian sengit menyaksikan enam lagi peserta yang terus ‘berjuang’ demi merebut tempat ke pentas akhir seterusnya bergelar juara.
Hotel terkemuka bertaraf dunia, Four Seasons Kuala Lumpur menjadi medan pertarungan para peserta Pencarian Nona Superwoman. Apa yang pasti keyakinan dan kemampuan diri setiap peserta masih kekal utuh di hujung perjuangan mereka. Masing-masing berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempamerkan hasil yang terbaik demi menambat hati juri.
Cabaran Episod 7 kali ini ialah ‘Business Strategy – Branding Plan’ yang menguji peserta dalam menghasilkan idea-idea luar biasa untuk pembinaan jenama atau brand identity.
Terdahulu hos Nadia Annuar memperkenalkan panel jemputan yang pakar dalam dunia perniagaan iaitu Sifu Jamal. Peserta diberikan ilmu dan perkongsian tentang penjenamaan produk oleh Sifu Jamal dalam satu sesi workshop.
Seterusnya, cabaran episod kali ini telah diumumkan oleh juri tetap iaitu Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan. Peserta diminta melakukan pembentangan pembinaan jenama dengan menggunakan perkhidmatan sektor-sektor yang diberikan. Awal Ashaari memaklumkan peserta diberikan masa selama satu jam setengah untuk menyiapkan tugasan tersebut manakala untuk sesi pembentangan mereka hanya diberikan masa selama 10 minit.
Hasil penilaian juri, Syu Ramli diumumkan sebagai pemenang dalam cabaran kali ini sekaligus melayakkan dirinya ke pentas akhir. Diikuti Linda Ross, Ayu Omar, Fazs Faozi dan Ana Najia yang turut mara ke peringkat akhir.
Manakala Fazlia Akma berada di kedudukan terendah sekaligus tersingkir.
“Saya memang dah jangkakan yang saya akan tersingkir kerana performance saya agak merosot. Tetapi alhamdulillah saya sampai ke semi-final. Perancangan selepas ini kembali kepada bisnes kerana saya bakal melancarkan sebuah akademi. Jadi saya akan kembali sibuk dengan bisnes.
Salah satu sebab saya sertai Pencarian Nona Superwoman untuk meningkatkan keyakinan diri. Sebelum ini saya mudah gugup bila bercakap depan orang. Dalam program ini saya banyak belajar tentang keyakinan diri, cara penyampaian, cara bercakap, cara bawa diri, body language dan sebagainya. Pesanan saya buat rakan-rakan yang berjaya ke final tunjukkan yang terbaik dan selamat maju jaya!” komen Fazlia.
Pencarian Nona Superwoman julung kali diadakan khusus buat usahawan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Matlamat program ini bagi menyuntik inspirasi dan memberi peluang baharu kepada para peserta agar bangkit memajukan empayar perniagaan memandangkan setiap daripada peserta ini memiliki latar belakang bisnes yang berbeza.
Terus setia mengikuti perjuangan peserta Pencarian Nona Superwoman dalam usaha mereka menjadi ahli perniagaan yang berwibawa serta berkarisma.
Pencarian Nona Superwoman bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Prima yang dibawakan secara ekslusif oleh Majalah Nona dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd serta diperkasakan oleh USANITA.
Anggap Menantu Macam Anak Kandung, Ini Komen Tengku Zawyah Tentang Alyssa, Tya & Izara
Dunia rumah tangga sarat dengan ragam dan warna-warninya. Begitu juga hubungan menantu dan mertua, ada yang diberikan rezeki mertua penyayang dan ada pula sebaliknya. Bertuah sungguh jika dikurniakan mertua yang baik, ia sesungguhnya satu nikmat dan dambaan setiap menantu. It’s like you are the chosen one, bukan!
Kalau dulu, ramai yang kata bukan senang nak ambik hati mertua. Mertua kita pun tak mudah nak sesuaikan diri, apakan lagi nak memuji menantu sendiri. Tapi alhamdulilah jika dilihat pada kehidupan YM Tengku Datin Sri Zawyah (@teezac) di laman sosial, jelas terpancar sifat sporting dan keibuannya bersama tiga menantu perempuan, Alyssa Hishamuddin, Tya Arifin dan Izara Aishah.
Keakraban itu seperti ibu dan anak. Selalu berbahagi rasa, cerita dan pengalaman, boleh berkongsi masalah dan mempunyai cita rasa yang hampir serupa. Bertuah rasanya! Hubungan mereka sentiasa positif, happy go lucky dan always support each others dalam pelbagai keadaan.
Majalah Nona berkesempatan bersama Tengku Datin Sri Zawyah (Kak Engku) bercerita tentang tiga menantunya yang cantik jelita. “Alhamdulillah, bersyukur Kak Engku diberikan tiga menantu perempuan yang baik, penyayang, berbudi bahasa, mempunyai sifat isteri solehah, bijak menguruskan rumah tangga dan sempurna sebagai seorang isteri dan ibu.
Kak Engku tak pernah anggap mereka sebagai menantu tapi macam anak sendiri.
Setiap menantu punya kelebihan masing-masing. Tapi satu persamaan ketara, mereka bertiga memang business minded. Contohnya Alyssa dengan butik Yadotsa yang menyediakan pelbagai rekaan baju RTW dan menerima tempahan pelanggan. Tya sibuk dengan perniagaan Jamu Mutyara dan produk Jiwaku sementara Izara pula mengeluarkan Enya Organic Cotton Sanitary Pads.
Selain itu, Kak Engku juga lega melihat sifat keibuan dalam diri Alyssa, Tya dan sekarang Izara. Cara Alyssa dan Tya mendidik dan membesarkan anak-anak mereka sangat bagus dan berdisiplin. InsyaAllah, Izara juga terserlah sifat keibuannya and i know she will be a good mom to her little princess,” komennya panjang lebar.
Kalau berkumpul dengan menantu, topik apa yang dibicarakan? “Biasanya kami anak-beranak, menantu dan cucu-cucu akan berkumpul di rumah atau keluar dinner bersama. Bila jumpa, selalunya kami akan berbual tentang telatah cucu yang sentiasa membuat kami semua tersenyum bahagia.
Kadang terselit juga perbualan tentang isu semasa, hal agama, perkongsian kecantikan dan resipi masakan. Saya senang hati sebab semua menantu rajin masuk dapur. Waktu macam inilah Kak Engku akan berkongsi dan tunjuk ajar resipi kegemaran suami mereka,” ujar Tengku Zawyah yang turut berkongsi video masakan Nasi Daging dan Air Asam bersama pembaca Majalah NONA.
Nasi Daging Dan Air Asam | Me Time Nona Air Tangan VIP Ep2
Terliur tengok YM Tengku Datin Sri Zawyah @teezac menyediakan hidangan Nasi Daging & Air Asam untuk keluarga. Mana yang tak ada idea nak masak apa untuk hidangan berbuka puasa nanti, boleh la sediakan menu istimwa ini. InsyaAllah gerenti jadi dan enak di makan seluruh keluarga! Fuh, nasi daging dan air asam memang kombinasi yang 'ngam' !#majalahnona#airtanganvipnona#masakwithpassion#metimenona#nasidaging #airasam
Posted by Nona on Friday, April 24, 2020
Kongsi sedikit perasaan Tengku Zawyah menerima kelahiran baby pertama pasangan anakanda Adib dan Izara Aishah. “Syukur sangat tahun 2020 ni, Kak Engku dikurniakan seorang lagi cucunda perempuan, Irisa Alaia pada 15 April. Alhamdulillah kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadiran cute baby princess.
Awalnya kami semua bimbang dengan keadaan Izara yang bakal melahirkan baby dalam keadaan COVID-19 ni. Tetapi syukur Allah telah mempermudahkan segalanya. Jadi bertambahlah cucu Kak Engku tahun ini, 3 lelaki dan 3 perempuan,” cerita Tengku Zawyah yang kini banyak menghabiskan masa memantau Izara dalam pantang dan melayan si comel Irisa.
Harapan Tengku Zawyah kepada anak dan menantunya, “Saya doakan semoga rumah tangga mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT dan berpanjangan hingga ke Jannah, aamin.”