Ketika dan saat ini ramai yang terkesan dengan situasi semasa. Tidak kira golongan yang berada mahupun yang susah tetap merasa perit menempuh kehidupan kala mendepani pandemik COVID-19 ini.
Ads
Walaupun susah namun, tidak suka amalkan sikap meminta-minta adalah suatu sikap yang terpuji. Ratu Dangdut Malaysia, Amelina antara contoh terbaik wanita yang sanggup menyinsing lengan demi menyara hidup keluarganya.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akui, pada mulanya rasa malu nak menjual nasi minyak dan nasi ayam di musim pandemik COVID-19 ini. Sifat malu tak boleh buat dapur berasap, ya tak?
Amelina telah memberanikan diri dan buang sifat malu dengan masak dua menu tersebut untuk dijual kepada orang ramai termasuk peminat tersayang. Rezeki tak pernah salah alamat dan siapa sangka percaturan wanita yang sudah terbiasa hidup susah ini berniaga makanan itu membuahkan hasil.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza. Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut.
Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha,” kata ibu tunggal kepada enam cahaya mata ini.
Penyanyi lagu Di Dadaku Ada Kamu ini turut terharu apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi menyokong bisnesnya. “Peminat saya banyak membantu. Mereka beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order‘.
Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
Ads
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” tutur Amelina.
Tambahnya lagi, “Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Ads
Dalam setiap rezeki kita ada bahagian untuk orang lain. Mungkin rezeki Amelina murah kerana berniaga sambil bersedekah. “Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini.
Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap orang tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tertarik dengan konsep kongsi rezeki yang diamalkan oleh Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Fesyen MINAZ, Hafiza Abd Hamid ini dalam perniagaannya.
Cara perniagaan yang dipraktikkan oleh usahawan muda ini terarah kepada konsep kongsi rezeki dengan membuka peluang menjana pendapatan kepada orang ramai untuk menjadi agen dan stokis.
“Di era pandemik ini, kita tahu ramai yang bergelut meneruskan kelangsungan kehidupan. Tapi, jenama kosmetik dan tudung saya sendiri berjaya membantu ramai yang ingin mengubah taraf kehidupan.
“Daripada fasa Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah Pelan Pemulihan Negara, ia memberi 1001 hikmah kepada saya untuk membantu lebih ramai lagi menjana pendapatan.
“Ramai golongan sudah dapat menjana pendapatan bersama rangkaian perniagaan saya. Termasuklah golongan suri rumah dan pelajar. Berniaga dengan cara saya bukan setakat mahu kaya, tapi kena berjaya dan bergaya juga.
Insya-Allah saya mensasarkan lima orang bakal jadi jutawan menjelang hujung tahun ini bersama jenama MINAZ,â kata isteri kepada Tamizee Adzman ini.
Hafiza Abd Hamid atau lebih mesra disapa Pija ini juga mempunyai strategi yang menarik dalam perniagaannya. Baru-baru ini, usahawan ini boleh tersenyum bangga apabila koleksi MINAZ Hijab terjual 150,000 helai dalam tempoh kurang sejam.
Percaturan menggunakan selebriti popular, Nora Danish sebagai wajah kempen tudung bawal jenama MINAZ Hijab membawa tuah apabila pra tempahan produk itu berjaya terjual 150,000 helai dalam tempoh kurang sejam.
“Ini kempen kedua dijalankan kami bagi menjual tudung bawal siri Blossom dan menggunakan Nora Danish sebagai penyeri. Biarpun ada yang tak suka dengan pemilihannya kerana berimej seksi, tapi saya melihat semua ini daripada sudut yang lebih luas.
“Pemilihannya bersesuaian dengan konsep corak bunga pada tudung yang disifatkan manis dan elegan. Personaliti Nora yang mudah didekati dan ceria juga menyimpulkan keseluruhan perlambangan koleksi tudung.
“Dia juga boleh jadi magnet tarikan untuk mempengaruhi ramai wanita untuk mengenali, memakai dan menyertai komuniti keluarga MINAZ Hijab.
Siapa tahu suatu hari nanti semua ini jadi asbab untuk dia bertudung dan memilih tudung jenama saya sebagai suntikan semangat,” kata Pija yang menceburi dunia fesyen modesty atau kesederhanaan sejak 11 tahun lalu.
Penantian penyanyi Tomok dan isteri selama 5 tahun untuk memiliki anak perempuan akhirnya termakbul. Pada 4 Jun 2020 yang lalu isteri Tomok, Ayu Abas telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 1.25 petang (selepas azan Zohor).
Bayi seberat hampir 3kg itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan sekitar ibu negara. Nampaknya Arrian dan Andra masing-masing sudah bergelar âAbangâ! Bertambah meriahlah keluarga kecil mereka dengan kehadiran âorang baruâ yang diberi nama Siti Khadijah Shah Indrawan.
Tomok turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail merupakan vokalis kumpulan New Boyz yang popular era 90an mendirikan rumahtangga dengan Ayu Abas pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan, 8, dan Andrashah Iman Shah Indrawan, 5.
Beberapa hari lepas, Ayu Abas turut meninggalkan coretan berharga buat para pengikutnya di Instagram tentang pengalaman kehamilan kali ini yang cukup mencabar pada usia 41 tahun.
âJourney of my baby girl…. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah..rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan. Memang agak sukar peluang untuk hamil terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah (saya turut merasainya) tapi harap ibu-ibu di luar sana jangan putus asa. Teruskan berusaha dan berdoa.
Saya dapat tahu yang saya hamil selepas balik bercuti dari Pulau Tioman. Gembira, risau dan macam-macam perasaan sebab ianya berisiko untuk bayi dan juga kesihatan ibu. Tapi saya terus berdoa dan fikir positif termasuk sentiasa jaga diri.
Selepas 40 minggu, pada Rabu malam bermulanya mild contraction. Dibu tak boleh tidur semalaman. Contraction berlarutan sampai ke Subuh hari Khamis. Dibu berkira-kira nak ke hospital. Bukan apa, Dibu kesian dekat two little boys Dibu yang masih tidur.
Nak bangun Subuh Dibu tengok ada pendarahan…Ohh…mungkin dah tanda kot…dengan contraction yang berterusan Dibu masih berjalan-jalan dengan rileks. Siap-siapkan diri, bag semua dah tersedia dalam kereta kemudian barulah kejutkan suami.
Sampai hospital, selepas pemeriksaan doktor Dibu dah ada bukaan 3cm, dan contraction terus berlaku. Ujian COVID-19 juga dilakukan. Lepas azan Zohor dalam masa 1.25 petang lahirlah seorang princess, berat sekitar 2.98 kg pada 4 Jun 2020.
And of course, kelahiran dalam waktu-waktu COVID-19 kita terikat dengan SOP yang harus diikut. Just handling my baby for a while. Dibu kena isolate dengan baby sehingga keputusan COVID-10 keluar.
Terima kasih buat keluarga, rakan-rakan dan para pengikut yang memberi ucapan dan mendoakan Dibu sepanjang tempoh kehamilan sampailah bersalin.
Terima kasih buat suami yang sentiasa ada dalam susah dan senang. Kita harungi dugaan, kekangan dan semuanya bersama. I love you so much. Ayu sayang Shah.â
Tahun ini genaplah 9 tahun usia perkahwinan Tomok dan Ayu Abas. Lengkap sudah keluarga kecil ini dengan kehadiran Siti Khadijah Shah Indrawan. Indahnya nama! Semoga kekal bahagia sampai ke syurga buat pasangan ini. Buat Arrian, Andra dan Siti Khadijah semoga menjadi anak soleh dan solehah yang dapat membahagiakan ibu dan ayah.
Wanita jangan merungut apabila terpaksa buat kerja rumah 24 jam kerana menurut Ustazah Asma Harun, rumah adalah gudang pahala untuk wanita. Kenapa?
Melalui perkongsian ceramah dari Ustazah Asmaâ Harun, keistimewaan wanita sungguh hebat sekali. Tetapi ada syarat-syaratnya.
Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W:
âApabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).â
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diringkaskan oleh Ustazah Asmaâ, terdapat empat syarat untuk seorang wanita masuk ke syurga Allah iaitu:
Menjaga solat
Menjaga puasa di bulan Ramadan
Menjaga maruah diri
Mentaati suami
Namun, syarat-syarat pertama hingga ketiga sangat mudah untuk dilaksanakan namun syarat keempat, memerlukan kesabaran paling tinggi.
âDiri kita istimewa apabila Allah jadikan kita wanita. Allah meletakkan kitab oleh memasuki mana-mana pintu syurga Allah dan Allah ikat kita dengan suami kerana dari suamilah pahala kesabaran kita. Kita akan diuji dengan suami sehingga kita mati.âujarnya.
Dalam perkongsian hadis lain pula, Nabi bersabda:
âApabila hambaku diuji, aku akan sertakan bersamanya malaikat dan sekiranya hambaku terima dengan redha dan sabar, dia akan mendapat redhaku iaitu syurga Allah. Tetapi jika hambaku terima dengan marah, dia juga akan mendapat kemarahanku.â
TIP MENGHADAPI UJIAN
Ucaplah Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiâun yang bermaksud dari Allah ia datang, kepada Allah ia dikembalikan.
âKalau ditimpa ujian, lagi cepat seseorang menyerahkannya kepada Allah, lebih cepat pertolongan Allah itu akan datang kepada kita.âkatanya lagi.
Kredit video: AudioKuliah
Kredit foto: IG Siti Saleha dan Shukri Yahaya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...