Bidadari Syurga, SITI SARAH Sempat Bongkar 5 Rahsia Murah Rezeki & Bahagia Rumah Tangga

Berita pemergiaan Siti Sarah Raissudin sememangnya menyentuh hati setiap wanita terutamanya bergelar isteri dan ibu. Pengorbanannya dalam membesarkan anak-anak dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan suami tidak perlu dipertikaikan. Ramai yang meratapi pemergian wanita yang berusia 37 tahun ini dan mahu menjadikannya suri teladan.

Foto: Instagram @sitisarahraissuddin
Foto: Instagram @sitisarahraissuddin

Isteri kepada Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad ini telah meninggalkan empat orang anak, Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan Ayash Affan, yang baharu dilahirkan ini. Terkenal dengan sikap mudah mesra dan suka membantu orang membuatkan kehilangannya begitu ‘menghidupkan’. Sarah juga sempat menitipkan 5 tip murah rezeki yang boleh diikuti dan diamalkan.

TIP NO. 1

Bangun awal subuh. Kerana subuh membuka pintu rezeki. Jaga sampai selepas duha, baca surah Al-Waqiah siang dan malam kerana janji Allah tidak akan ditimpa kepapaan pada siapa yang membacanya. Kalau tak pandai baca, dengar. Sebab lama-lama nanti akan hafal, insya-Allah (bersangka baik pada Allah, yakin Allah akan bantu dalam apa cara sekalipun walaupun dalam keadaan tidak tercapai dek akal)

TIP NO. 2

Sedekah. Walau kita tak cukup, bersedekahlah. Sebab itu janji Allah, kita bagi satu Allah akan gandakan berlipat kali ganda. Sebelum bantu orang luar tengok keliling kita dulu, ibu ayah dan adik-beradik.

TIP NO. 3

Gaduh. Suami isteri jangan gaduh, pintu rezeki tertutup. Apa yang kita nak malaikat rahmat sentiasa ada mendoakan rumah kita. Kita jadi pompom girl untuk suami. Yakinkan suami yang dia akan dapat bantu keluarga, keyakinan suami akan meningkat berkali ganda sekiranya kita menjadi pendukung positif bagi suami. Keyakinannya akan jatuh berkali ganda sekiranya isteri sentiasa menlontarkan kata-kata buruk pada suami.

TIP NO. 4

Syukur. Bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan rasa sentiasa cukup. Siapa yang bersyukur Allah akan gandakan rezeki kita. Apabila cukup kita tak merungut, henti daripada suka merungut. Ingat! negatif tidak menarik perkara positif dan rezeki perkara positif.

TIP NO. 5

Marah. Jangan mudah marah dan cepat mengamuk. Perkara kecil pun nak marah. Marah itu kesukaan syaitan. Kita nak malaikat sentiasa mendoakan kita. Kata kuncinya, sabar.

Tip kelima.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed