Dia sememangnya seorang wanita yang cantik! Dikurniakan hidung mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau. Berusia 37 tahun, raut wajah sempurna dan penampilan langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tak hairanlah ibu dua anak ini pernah dinobat selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibumnya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi.
Bersandarkan latar belakang dan populariti Marian, dia terpilih menjadi antara panel ahli jawatankuasa di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 baru-baru ini. Kongsi Marian, “Honored to be part of the 70th Miss Universe selection committee. Truly a great experience I’ll never forget. Thank you for the wonderful time ladies and congratulations to all of you.”
Miss Universe 2021 dihoskan oleh Steven Harvey dan merupakan kali keenam dia mengacarakan pertandingan berprestij berkenaan. Sebelum ini Steven Harvey menjadi pengacara Miss Universe untuk tahun 2015, 2016, 2017, 2018, dan 2019.
Selain itu, anak perempuan Steve Harvey iaitu Lori Harvey turut menjadi Ahli Jawatankuasa 70th Miss Universe. Memetik kenyataan rasmi Miss Universe, Lori Harvey mengadili pertandingan itu bersama beberapa personaliti dunia antaranya pelakon Puerto Rico Adamari Lopez, model Brazil iaitu Adriana Lima, Iris Mittenaere yang juga Miss Universe 2016, pelakon Filipina Marian Rivera dan aktres India, Urvashi Rautela.
Kredit foto: Instagram Marian Rivera