Miss World 2022, Karolina Bielawska dari Poland memiliki kecantikan semula jadi dan tersendiri. Tinggi, langsing, bijak dan punya senyuman yang menawan memberi kelebihan kepada jelitawan berusia 22 tahun ini.

IKLAN

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunBijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun
Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunDalam edisi ke-70 Miss World, mahkota bertukar tangan dari Toni-Ann Shingh asal Jamaika ke Karolina. Baginya, setiap wanita mampu menjadi hebat dan mempunyai pengalaman unik untuk meningkatkan potensi diri.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun
Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun“Perjalanan hidup adalah paling penting. Namun, setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan memiliki pengalaman unik,” ujar Karolina.

“Apa yang saya raih penuh perjuangan. Kita semua mampu. Percayalah, kita semua mampu menjadi hebat.”

Karolina turut berpendapat, semua orang ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidup agar dapat berempati dan bersyukur. Itulah kata-kata hebat yang membawa dirinya bergelar Miss World 2021. Selain cantik, Karolina juga seorang yang prihatin dan berani.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunKenali Karolina melalui beberapa fakta menarik ini:-

Wanita Kedua Dari Poland Menang Miss World
Pertandingan Miss World edisi ke-39 yang diadakan pada November 1989 di Hong Kong Convention and Exhibition Centre merupakan kali pertama Uni Soviet menghantar wakilnya. Aneta Kreglicka dari Poland memenangi pertandingan itu menewaskan 77 peserta yang lain. 33 tahun kemudian, Karolina Bielawska berjaya meraih mahkota Miss World.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunMemulakan Karier Sebagai Model
Karolina memulakan karier sebagai model sejak usianya 14 tahun. Kemudian, Karolina meneruskan kariernya sebagai penyiar.

IKLAN

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunSuka Mengembara
Dilahirkan pada 11 April 1999, Karolina seorang yang sukakan cabaran. Malah, dia menggelarkan dirinya seabgai ‘pencari adrenalin’. Karolina sukakan gaya liburan yang ekstrem seperti scuba diving, hiking dan flying fox.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunSeorang Yang Prihatin
Dalam pertandingan Miss World 2022, Karolina membuat program ‘Beauty with a Purpose’ bertajuk ‘Zupa Na Pietrynie’ memfokuskan kepada misi kemanusiaan. Ia bertujuan untuk memberikan bantuan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun
Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunKarolina turut menyiapkan pelbagai paket makanan, minuman dan keperluan perubatan seperti masker, ubat-ubatan dan sebagainya. Karolina turut menyokong komuniti dengan menguruskan pusat vaksinasi COVID-19 di Poland.

IKLAN

Berimpian Untuk Bergelar Bintang Filem
Selain hobinya sukakan aktiviti yang mencabar, Karolina juga gemar menonton filem. Malah, dalam satu program temu bual, Karolina berharap dia dapat membintangi sebuah filem bersama idolanya iaitu Margot Robbie.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunUlat Buku
John C. Maxwell merupakan salah seorang penulis kegemarannya. Karolina gemar membaca buku tentang motivasi diri. Selain itu, Karolina turut berimpian untuk bergelar seorang motivasi suatu hari nanti.

Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun
Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 TahunSemoga Karolina terus sukses dalam setiap perkara yang diminatinya.

Kredit Foto: Instagram Karolina Bielawska

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI