Bijak & Lasak, KAROLINA BIELAWSKA Wanita Ke-2 Poland Menang Miss World Selepas 33 Tahun

Miss World 2022, Karolina Bielawska dari Poland memiliki kecantikan semula jadi dan tersendiri. Tinggi, langsing, bijak dan punya senyuman yang menawan memberi kelebihan kepada jelitawan berusia 22 tahun ini.


Dalam edisi ke-70 Miss World, mahkota bertukar tangan dari Toni-Ann Shingh asal Jamaika ke Karolina. Baginya, setiap wanita mampu menjadi hebat dan mempunyai pengalaman unik untuk meningkatkan potensi diri.


“Perjalanan hidup adalah paling penting. Namun, setiap hari kita belajar sesuatu yang baru dan memiliki pengalaman unik,” ujar Karolina.

“Apa yang saya raih penuh perjuangan. Kita semua mampu. Percayalah, kita semua mampu menjadi hebat.”

Karolina turut berpendapat, semua orang ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidup agar dapat berempati dan bersyukur. Itulah kata-kata hebat yang membawa dirinya bergelar Miss World 2021. Selain cantik, Karolina juga seorang yang prihatin dan berani.

Kenali Karolina melalui beberapa fakta menarik ini:-

Wanita Kedua Dari Poland Menang Miss World
Pertandingan Miss World edisi ke-39 yang diadakan pada November 1989 di Hong Kong Convention and Exhibition Centre merupakan kali pertama Uni Soviet menghantar wakilnya. Aneta Kreglicka dari Poland memenangi pertandingan itu menewaskan 77 peserta yang lain. 33 tahun kemudian, Karolina Bielawska berjaya meraih mahkota Miss World.

Memulakan Karier Sebagai Model
Karolina memulakan karier sebagai model sejak usianya 14 tahun. Kemudian, Karolina meneruskan kariernya sebagai penyiar.

Suka Mengembara
Dilahirkan pada 11 April 1999, Karolina seorang yang sukakan cabaran. Malah, dia menggelarkan dirinya seabgai ‘pencari adrenalin’. Karolina sukakan gaya liburan yang ekstrem seperti scuba diving, hiking dan flying fox.

Seorang Yang Prihatin
Dalam pertandingan Miss World 2022, Karolina membuat program ‘Beauty with a Purpose’ bertajuk ‘Zupa Na Pietrynie’ memfokuskan kepada misi kemanusiaan. Ia bertujuan untuk memberikan bantuan dan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.


Karolina turut menyiapkan pelbagai paket makanan, minuman dan keperluan perubatan seperti masker, ubat-ubatan dan sebagainya. Karolina turut menyokong komuniti dengan menguruskan pusat vaksinasi COVID-19 di Poland.

Berimpian Untuk Bergelar Bintang Filem


Selain hobinya sukakan aktiviti yang mencabar, Karolina juga gemar menonton filem. Malah, dalam satu program temu bual, Karolina berharap dia dapat membintangi sebuah filem bersama idolanya iaitu Margot Robbie.

Ulat Buku
John C. Maxwell merupakan salah seorang penulis kegemarannya. Karolina gemar membaca buku tentang motivasi diri. Selain itu, Karolina turut berimpian untuk bergelar seorang motivasi suatu hari nanti.


Semoga Karolina terus sukses dalam setiap perkara yang diminatinya.

Kredit Foto: Instagram Karolina Bielawska

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad