Bagaikan lakaran indah sebuah lukisan, hasil kreativiti pemilik kediaman terpamer pada konsep dekorasi, paduan warna, gaya dan pemilihan perabot.

Sentuhannya tampak segar dengan rona putih, biru dan kelabu yang memonopoli segenap ruang banglo mewah sekaligus menterjemahkan cita rasa dan karakter pemiliknya.

Ads

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa Tersendiri

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa TersendiriKediaman ini milik seorang freelancer yang merupakan pencinta hiasan dalaman, Shuriana Abdul Shukor berusia 44 tahun.

Shuriana pernah bekerja dalam bidang perhotelan selama beberapa tahun. Kini berkecimpung dalam bisnes berkonsepkan hiasan dalaman serta memiliki kedai dekorasi bersama rakan baik, Jess & Shue di Tamarind Square Cyberjaya.

JIWA DEKORASI

“Dulu saya sering membantu rakan-rakan menata gaya rumah mereka tanpa sebarang upah. Kami pergi beli barang sama-sama, jumpa kontraktor dan sebagainya.

Lama-kelamaan mereka cadangkan saya buka kedai hiasan dalaman sendiri. Akhirnya selepas bersepakat dengan rakan baik saya, Jess maka terhasilnya Jess & Shue.

Sebelum ini saya kerap travel dan bila menginap di hotel-hotel, saya suka melihat dekorasinya. Secara tak langsung ia memberi inspirasi untuk dicurahkan ke kediaman ini.

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa Tersendiri

Ads

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa Tersendiri

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa Tersendiri

Saya pilih putih kerana ia boleh dipadankan dengan semua warna selain lebih ceria, segar dan berseri. Untuk dapur juga begitu, saya padukan warna putih dan hitam. Sudut paling memberi ketenangan kepada saya ialah ruang keluarga dan bilik tidur.

Kediaman ini juga banyak bermain dengan elemen cermin. Manakala untuk langsir, sofa dan dining chair fabriknya adalah custom made.

Ads

Saya seorang yang bukan yang terlalu mengikut tema. Asalkan cantik dan kena dengan perabot di kediaman ini saya akan beli. Namun selalunya item yang dibeli itu lebih kepada soft finishing contohnya kusyen.

Untuk dapur saya hanya tambah kabinet saja. Bagi saya, dapur yang cantik adalah tidak praktikal dan membuatkan kita kurang selesa untuk memasak. Tak boleh nampak kotor sikit mesti nak bersihkan segera. Sebab itulah saya kata tak praktikal. Ia sekadar untuk nampak cantik.

Bijak Mengolah Rona Sejuk, SHURIANA Terjemah Cita Rasa Tersendiri

Walaupun ruang dapur saya ini kecil namun ia praktikal kerana saya suka memasak setiap hari. Nak bersihkan pun tak ambil masa lama. Saya juga tak pernah ada dapur kering. Saya selesa dengan dapur yang ada sekarang.”

Untuk membaca artikel selanjutnya dapatkan Nona Ogos 2019.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI