Inilah cabaran bergelar usahawan, isteri dan ibu. Kagum betul dengan pencapaian CEO muda ini. Dato’ Razi’ie Mahmod atau lebih dikenali sebagai Dato’ Gee baru berusia 38 tahun namun punya rekod kejayaan membanggakan sebagai seorang wanita.
Pemilik syarikat Richwealth Empire (M) Sdn Bhd yang berasal dari Jengka, Pahang ini merupakan lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan serta ibu anak tiga berusia 9, 8 dan 2 tahun.
“Buat masa ini perniagaan masih berjalan seperti biasa, hanya ada sedikit perubahan dari segi operasi dan pemasaran. Semua staf bekerja dari rumah. Dari segi aktiviti pemasaran lebih tertumpu melalui online. Jika sebelum ini saya giat mengadakan program-program bertemu pelanggan seluruh Malaysia tetapi akibat pandemik ia ditangguhkan seketika sehingga keadaan kembali pulih.
Saya bersyukur kerana 3 bulan sebelum pandemik saya telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan in-house sale and marketing bagi menjalankan pemasaran online secara agresif melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik tok. Permintaan produk seperti SF Tea (Solusi Gula Tinggi) dan rangkaian produk yang lain mendapat permintaan yang tinggi atas kesedaran orang ramai untuk lebih menjaga kesihatan di kala pandemik. Jumlah jualan bulanan sebelum dan selepas pandemik mencatatkan angka yang sama dan meningkat. Malah, kami berjaya mengekalkan pekerja yang ada.
Kini saya masih lagi mencari pekerja-pekerja baru kerana telah menambah beberapa division lain dalam syarikat. Selain itu, saya juga telah mengembangkan 3 rangkaian perniagaan baru sebagai persediaan masa depan iaitu rangkaian tudung bawal di bawah jenama lilisdahlia.com, produk untuk mereka yang aktif bersukan, Neomag serta rangkaian makanan asas yang lebih sihat berkolaborasi bersama Dr. Norman Norawi di bawah jenama iaafiyah.com
Dalam perniagaan saya juga melalui detik-detik sukar. Menangis tu biasalah, lagi-lagi kita ini wanita. Emosi mudah rapuh. Tetapi, saya takkan biarkan emosi dan perasaan terus hanyut lama. Saya cepat-cepat cari kekuatan bagi meneruskan perniagaan biarpun terpaksa bermula dari bawah. Saya akan bangkit semula dengan mengenang kembali kenapa saya buat perniagaan ini dan untuk siapa segala hasil dan titik peluh saya dalam perniagaan ini. Saya akan ingat wajah anak-anak, ibu dan keluarga yang nak lihat saya berjaya, termasuk orang sekeliling yang sentiasa ada bersama saya di kala susah dan senang.
Perkara paling sukar bagi seorang usahawan adalah mengekalkan perniagaan apabila berada di puncak. Maka, perlunya semangat juang yang tinggi. Anda ibarat pokok di mana ramai yang ingin berteduh. Jika pokok itu mati bagaimana anda boleh terus memberikan manfaat kepada komuniti? Untuk menjadi sepohon pokok yang kuat anda harus sentiasa positif, bertindak cepat dan agresif, berimpian besar, berpenampilan kemas dan menarik, serta punya aura tersendiri.
PENGORBANAN SUAMI
Kejayaan saya hari ini tidak datang dengan hanya usaha sendiri. Jika tanpa doa, redha dan usaha bersama suami, Nik Azrai Nik Ariff tak mungkin saya berada di tahap ini. Untuk berjaya dalam perniagaan, pentingnya usaha dan kegigihan bersama pasangan. Ramai di luar sana yang berjaya dalam perniagaan hasil usaha bersama suami dan isteri.
Saya akui di waktu pandemik ini, cabaran dan tanggungjawab paling besar tergalas kepada wanita dan ibu. Anak-anak mengikuti kelas pembelajaran PDPR dan para ibu sibuk memberikan fokus kepada anak-anak, pada masa sama perlu memasak, bekerja dan berniaga. Saya sangat kagum semangat ibu-ibu zaman kini. Pun begitu, jika tidak diuruskan sebaiknya ia akan membuatkan wanita mudah tertekan dari segi fizikal dan mental.
Nasihat saya, cari satu masa untuk bercakap dengan suami. Terangkan pada mereka secara berhemah tanggungjawab yang harus anda pikul di rumah dan tanggungjawab dalam perniagaan. Jelaskan juga niat anda berniaga bagi meringankan beban ekonomi, keluarga dan anak-anak. Anda boleh minta suami membantu dari segi pembahagian tugas di rumah bagi meringankan beban. Insha Allah dengan kerjasama dan komunikasi yang baik, semua urusan berjalan lancar. Anda boleh merangka jadual aktiviti harian dan terangkan pada suami dan anak-anak agar mereka juga memberi kerjasama. Maka, pentingnya komunikasi bersama pasangan dan anak-anak.
Impian terbesar saya ialah untuk membina legasi perniagaan yang dapat diwariskan kepada anak-anak kelak. Saya membuka peluang kepada wanita-wanita yang mahu mengubah dan meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan terutama secara online kerana lebih fleksibel dan boleh dilakukan di mana saja. Saya mempunyai pasukan pemasaran (online) yang boleh membimbing anda, maka saya telah membuka kelas pembinaan website dan pemasaran di media sosial untuk membawa anda kepada perniagaan digital yang relevan kini. Kelas-kelas ini ditawarkan secara percuma. Yang perlu anda bayar hanyalah usaha, fokus dan minat.
Kredit Foto: Instagram Dato’ Razi’ie Mahmod
This website uses cookies.