Gaya Hidup

Bila Anak-Anak Patut Diberi Gadget & Telefon Pintar? Ini Jawapan Bill Gates

Umum mengetahui bahawa Bill Gates sangat tegas terhadap peraturan memberikan gadget pada anak-anaknya. Lelaki terkaya di dunia ini juga turut menetapkan had usia, sebelum anak-anaknya boleh memiliki telefon pintar sendiri.

Begitu juga pendapat mendiang Steve Jobs, beliau melarang anak-anaknya untuk menggunakan teknologi terbaru meskipun kebanyakannya dicipta oleh syarikat Apple, seperti iPad yang menjadi ketagihan anak kecil.

Bill Gates mempunyai tiga orang anak yang semakin meningkat remaja. Sebagai individu teratas yang berkecimpung dalam dunia teknologi, pastinya dia lebih arif tentang usia terbaik bagi seorang kanak-kanak memegang apa-apa gadget pun, termasuk iPad.

Amalan Bill Gates

  1. Anak tidak boleh memiliki telefon pintar atau gadget sebelum berusia 14 tahun.
  2. Sesiapa pun tidak boleh memegang telefon sewaktu di meja makan.
  3. Membataskan ‘waktu di depan skrin’ atau screen time supaya mereka meluangkan lebih masa dengan keluarga.
  4. Menetapkan waktu untuk menggunakan gadget atau menonton televisyen.

Keburukan Gadget Terhadap Anak-Anak

  • Anak-anak cepat terpengaruh perbuatan negatif atau bahasa kesat di Internet.
  • Ketagih Internet hingga susah bersosial dengan baik dan tiada teman bermain.
  • Terdorong menjadi mangsa ‘predator’ atau pembuli di dunia digital.
  • Menjejaskan perkembangan otak anak-anak.
  • Terlalu bergantung pada gadget hingga tidak pandai menyelesaikan masalah.
  • Membuatkan anak-anak malas bergerak dan melambatkan sistem motor mereka.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa moden supaya tidak menjadikan gadget sebagai hiburan anak-anak. Sebab selain menjejaskan kesihatan mata, lebih banyak pengaruh buruk daripada baik yang boleh menjejaskan tumbesaran si manja.

Cadangan Nona, sebelum anda membuat pelaburan besar membelikan gadget yang beribu-ribu harganya itu, apa kata guna bajet tersebut untuk membelikan permainan yang boleh merangsang minda mereka? Mungkin bawa ke Toys’R’Us untuk pilih permainan kesukaan atau watak kartun superhero kegemaran mereka.

Share
Published by
Zully