Bila Bekas RATU CANTIK Masuk Politik, Ramai Yang Toleh Dua Kali!

Lumrah bagi wanita cantik, ke mana saja pergi pasti akan jadi perhatian. Sebenarnya, ia bukanlah kali pertama Jo-Anna Sue Henley Rampas menceburi dunia glamor dan berdepan orang ramai sebab sebelum ini pun dia sudah melibatkan diri dalam bidang seni. Namun kilauan populariti Jo-Anna lebih menyerlah hari ini sejak namanya diumumkan calon kerusi Dun Kiulu di Sabah.

Sudahlah berwajah cantik Pan Asian, bijak dan berbakat pula tu! Patutlah ramai yang menggelarkan wanita berkulit putih merah ini ‘Beauty with Brain’. Tak bersandar kepada rupa paras semata-mata, Jo-Anna nyata bukan calang-calang wanita.

Berikut 5 fakta tentang Jo-Anna patut anda tahu

1. Jo-Anna merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana dalam jurusan undang-undang. Beliau memperoleh Master of Laws in International Law and Corporate Social Responsibility dari University of West England. Semasa di London, Jo-Anna dikatakan bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan Samsung’s Milk Music untuk Malaysia dan Indonesia. Beliau ambil keputusan pulang ke kampung dua tahun lalu.

2. Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau adalah seorang penyanyi dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM 2009 sekali gus merangkul tempat kedua.

3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau adalah pertandingan ratu cantik berprestij di Sabah.

4. Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibu Jo-Anna, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya pula ADUN dari tahun 1999 hingga 2013.

5, Bukan itu saja, beliau adalah seorang jurulatih kecergasan bertauliah dan ambil keputusan untuk menjalani kehidupan sihat apabila doktor mengesahkan tahap kesihatan kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya.

Sumber: Astro Awani

Sumber foto: Facebook Jo-Anna Sue Henley Rampas

 

 

 

Share
Published by
Suzi