Bila Di Hujung Nyawa COVID-19, Noryn Aziz Percaya Pengakhirannya Ketentuan Allah

Andai kita disahkan terjangkit virus COVID-19, maka bermulalah satu perjalanan baru dalam hidup. Semua hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang akan terputus. Kehidupan jadi seperti menghitung hari yang tidak pasti untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Pastinya kita akan terkurung, ditahan menjalani rawatan intensif untuk melawan kuman tersebut. Ada yang sempat berkongsi, bagaimana keperitan yang dilalui sewaktu terkena jangkitan ini. Demam panas, batuk kering, selsema, sakit di bahagian tulang belakang dan sukar bernafas bila virus tersebut mula merebak di dalam paru-paru hingga peritnya… merobek dada!

Keperitan yang dilalui itu sukar digambarkan. Kesakitan menyeluruh, badan semakin lemah, daya ketahanan mula rapuh terkurung di ICU. Paling menyedihkan bila tiba ajal menjemput. Semuanya perlu diuruskan oleh pihak hospital dan pihak keluarga tidak sama sekali dibenarkan melihat sehinggalah jenazah selamat diselimuti kain kafan serta dikembalikan ke perut bumi.

Memang benar di penghujung nyawa kita, hanya Allah SWT yang tentukan. Yang pastinya, seorang diri. Tetapi pasti lebih sugul andai kata saat pemergian itu tidak sempat menatap ahli keluarga lain. Sepertinya kita menuju ke medan perang, saat hari pertama melangkah pergi meningalkan ahli keluarga, mungkin itulah hari terakhir kita menatap wajah mereka.

Sempat bertanya kepada Noryn Aziz pendapatnya tentang pemergian mereka disebabkan serangan kuman virus COVID-19. “Allahuakbar… This ia a very sensitive issues. But its not for us to choose macam mana pengakhiran kita. Kerana ajal maut, Allah yang tentukan.

Tetapi untuk kebaikan semua buat masa ini, sendirian itu adalah terbaik atas nasihat mereka yang lebih pakar agar tidak membahayakan sesiapa yang lain. Tentunya hanya Allah yang lebih mengetahui dan bukan kita menilai keadaan itu tapi Allah. Apa pun kita perlu banyak berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita dan momohon supaya bumi ini kembali pulih…Aamin.”

Setuju dengan pendapat itu, buat masa sekarang lebih baik kita mengikut segala arahan dan perintah yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jaga kesihatan diri dan pastikan kita sentiasa berada di tempat selamat, sebaiknya itu di rumah. Fasa Kawalan Pergerakan ini secara tidak langsung melatih diri kita untuk menjadi manusia yang syumul, tingkatkan ketakwaan dan eratkan hubungan kekeluargaan.

Tuhan berikan kita keberanian. Tuhan juga berikan kita akal dan fikiran untuk digunakan sebaik-baiknya. Kiffy Razak

Share
Published by
Norzalina