Dalam kehidupan ini terdapat golongan yang kaya atau berharta serta ada yang kurang berkemampuan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Allah SWT mencipta manusia pelbagai rupa, kelebihan dan kekurangan agar dapat saling melengkapi.
Ads
Namun ia sering dijadikan hujah untuk mengatakan Allah SWT tidak adil, menciptakan manusia tidak sama rata, ada kaya, ada yang miskin, ada cantik, ada yang buruk rupa. Apabila hakikat itu dilupakan, lahirlah keangkuhan yang membawa kepada persengketaan. Bagaimana untuk menanam sikap agar diri tidak terasa lebih berbanding orang lain? Berikut pandangan Ustazah Sharifah Khasif.
Di alam semesta ini kita menyaksikan ada sebahagian orang yang diberi kekayaan yang berlimpah ruah seperti memiliki kereta mewah, rumah yang megah, kedudukan yang tinggi dan nama yang sangat terkenal. Sedangkan di tempat yang berbeza ada sebahagian orang yang menderita kelaparan, hidup miskin, berpenyakit dan sebagainya. Apakah anda terfikir di antara mereka itu termasuk orang-orang yang dicintai Allah SWT sehingga diberi berbagai kesenangan hidup sedangkan sebahagian yang lain termasuk orang-orang yang diberi nasib yang tidak baik kerana mereka dibenci olehNya?
Pertanyaan seperti itu sebenarnya tidak akan wujud bagi mereka yang sedang dalam kenikmatan hidup dan kekayaan walaupun bagi mereka semua itu disediakan oleh Allah SWT untuk memberi pendidikan kepada manusia. Sebaliknya, bagi orang-orang yang sedang dalam penderitaana soalan begitu pasti akan sentiasa wujud. Adakalanya Allah SWT memberi sesetengah orang berbagai macam jenis kekayaan. Akan tetapi, ada pula yang diberi kemiskinan dan berbagai penderitaan. Sebagai seorang mukmin segala bentuk kebahagiaan dan kekayaan yang diberi kepada sebahagian orang, sedangkan sebahagian yang lain diberi kemiskinan serta dugaan, maka semua itu telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sabda Nabi SAW:
“Sesungguhnya Allah SWT membahagikan akhlak di antara kalian, sebagaimana membahagi rezeki bagi kalian. Sesungguhnya Allah memberikan dunia bagi orang-orang yang dicintai olehNya, mahupun bagi yang tidak dicintai olehNya. Akan tetapi, Allah SWT tidak memberikan agama kecuali bagi orang-orang yang dicintaiNya. Dan siapa saja yang diberi agama oleh Allah, maka ia termasuk orang yang dicintai olehNya.”
Dari sisi yang lain kita tidak boleh memandang kekayaan sebagai kebaikan semata mata. ini kerana, adakalanya Allah SWT memberi harta dan anak kepada sebahagian orang sebagai ujian bagi mereka. Dan adakala tidak memberikannya kepada yang lain, juga sebagai ujian bagi mereka. Hasilnya bagi kedua dua kelompok tersebut tetap tersedia kebaikan jika mereka memahaminya. Ketahuilah, jika engkau tidak mengikuti jalan petunjuk, adakalanya kemiskinan akan menyebabkan engkau menjadi kafir dan suka berbuat maksiat. Dengan kata lain, jika engkau tidak mengikuti jalan yang lurus dan tidak mengikuti jalan petunjuk maka kekayaanmu akan menjadi ujian yang buruk bagimu. Seperti disebutkan di dalam firman Allah SWT, “Dan ketahuilah, bahawa harta dan anak-anak kalian itu hanyalah sebagai ujian. Dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar,” (QS Al-Anfal [8]: 28).
Berapa banyak orang yang diberi anugerah berupa kekayaan yang berlimpah ruah, akan tetapi jiwa mereka tidak mempunyai sinar petunjuk (hidayah) sedikit pun. Sehingga mereka menjadi orang-orang kafir yang mengingkari segala bentuk kurniaan Allah SWT. Tentunya segala kekayaan yang diberi kepada mereka merupakan ujian untuk menambah kesesatan mereka. Hati mereka tertutup sehingga tidak dapat mensyukuri kurniaan Allah SWT.
Ads
Mungkin ada orang-orang yang hidupnya serba kekurangan, akan tetapi doa mereka selalu mengalir dan dimakbulkan oleh Allah SWT. Seperti disebutkan di dalam hadith berikut, “Berapa banyak orang yang hidupnya serba kekurangan, akan tetapi jika ia berdoa, maka doanya akan dimakbulkan oleh Allah. Di antara mereka itu adalah al-Barra’ bin Malik.
Kisah Al-Barra’ bin Malik adalah saudara sebapa dengan Anas bin Malik ra. Ia termasuk seorang yang tidak mampu membeli makanan dan tidak mempunyai rumah sebagai tempat tinggal. Ia hidup sangat sederhana. Memang banyak para sahabat yang hidupnya sangat kekurangan, akan tetapi Allah SWT melihat hati mereka. Ternyata al- Barra’ mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sehingga Rasulullah SAW menyatakan, bahawa setiap doanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Ads
Oleh itu, kekayaan atau kemiskinan bukanlah satu-satunya ujian semata mata. Semuanya harus disesuaikan dengan situasi. Adakala kemiskinan dan kekayaan merupakan satu kurniaan Allah SWT. Bahkan Rasulullah SAW lebih memilih kemiskinan dengan kehendaknya sendiri. Sebagaimana saat Baginda didatangi Saiyidina ‘Umar Ibnul Khaththab RA, dan Saiyyidina ‘Umar mendapati keadaan Baginda sedang tidur di atas tanah, sehingga Saiyidina ‘Umar menangis lalu berkata‚ “Ya Rasulullah, aku lihat semua penguasa dunia tidur di atas tilam yang empuk, sedangkan engkau tidur di atas tanah.” Maka spontan Nabi SAW bersabda, “Apakah engkau tidak rela jika mereka (kaum kafir) hanya diberi kesenangan dunia, sedangkan kita akan diberi kesenangan di akhirat?”
Adakala kefakiran (keimiskinan) menyebabkan seseorang menjadi kafir. Seperti, jika pertanyaan seperti di atas tidak diucapkan oleh seorang Mukmin, akan tetapi diucapkan oleh seorang kafir yang tidak mensyukuri semua nikmat Allah, maka ia termasuk orang yang kafir. Dengan kata lain, adakala kemiskinan sebagai rangkaian kenikmatan yang tersembunyi, dan adakala kekayaan sebagai kenikmatan yang justeru itu mendatangkan malapetaka.
Kekayaan yang berlimah ruah dan dimiliki oleh seseorang yang senantiasa diredhai oleh Allah SWT, maka kedudukan orang itu akan menjadi kebanggan para wali Allah SWT dan menjadi kecintaan Rasulullah SAW. Namun, jika seseorang kaya-raya, dan tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT maka dia akan menderita di dunia dan akhirat kelak. Itulah kerugian yang amat nyata. Orang kaya yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT maka dia akan berakhir dengan kerugian, meskipun kehidupannya di dunia ini sangat bahagia kerana kekayaan. Wallahua’lam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menara Merdeka 118 kini berdiri megah sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara pada ketinggian 678.9 meter dan merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, di belakang Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu – yang terletak kira-kira 149 meter di bawah Burj Khalifa Dubai (828 meter).
Dimiliki dan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kos sebanyak RM5 bilion, menara berstruktur mega ini terletak bersebelahan dua lagi warisan negara – Stadium Merdeka dan Stadium Negara, di persekitaran mercu tanda bersejarah bandar ini.
Dan kini, khabarnya Menara Merdeka 118 dijangka bakal dirasmikam pembukaanya pada awal 2023, NONA kumpulkan beberapa fakta menarik tentang Merdeka 118 yang perlu tahu.
1. Reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia. Siluet tersendiri bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka!” (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.
2. Ia akan menempatkan ruang pejabat, restoran, lobi langit dan hotel. Bangunan 118 tingkat itu akan menempatkan 83 tingkat ruang pejabat, pusat beli-belah, restoran sky-dining, Park Hyatt Hotel, dan kemudahan mewah seperti lobi langit dan ruang istirahat VIP di tingkat atasnya.
3. Ia juga menempatkan dek pemerhatian tertinggi di dunia menawarkan panorama latar langit KL yang tiada tandingannya. Untuk sampai ke geladak atasnya, pelawat perlu menggunakan lif berpanel kaca – yang secara kebetulan, juga merupakan lif berpanel kaca tertinggi di dunia.
4. Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.
5. Pengangkutan awam tak akan menjadi masalah bagi mereka yang ingin bergerak ke dan dari menara ini kerana ia mempunyai akses MRT yang terancang. Pembangunan PNB 118 disokong oleh dua landasan kereta api berdekatan iaitu laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT1) dan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2).
“Bila lahir, dia keluar je doktor letak dia atas dada saya.. dia terus hisap jari. So cute! I still remember, ” kongsi Sari Yanti tatkala ditanya momen paling tidak dapat dilupakannya sejak melahirkan Dariya Inara. Meskipun tidak menyaksikan situasi comel itu namun dari gaya penyampaian dan reaksi Sari Yanti, sesiapa pun pasti dapat membayangkan aksi comel anak perempuan aktres cantik dan Jep Sepahtu ini saat dia dilahirkan pada 26 April tahun lepas.
Sambil mengakui kehamilan yang dilaluinya berbeza daripada dua kehamilan sebelumnya, anak kelahiran Negeri Sembilan ini nyata seorang wanita yang tabah. “Basically, ketiga-tiga kehamilan berbeza sebab setiap baby lain. Macam pertama kali pregnant dulu, banyak kali muntah-muntah yang sangat teruk. Yang kedua tak, siap boleh pergi shooting ke Spain.. ke mana-mana jugalah. Yang nombor tiga ni lagilah lain sebab baby girl. Asyik pening kepala, most of the time asyik terbaring je tak boleh buat kerja banyak.
Bohong kalau saya katakan tidak teruja dengan kehadiran Dariya walaupun ini merupakan pengalaman ketiga saya melalui proses kelahiran. Namun, Jep adalah orang yang paling teruja dengan kehadiran Dariya kerana ia adalah pengalaman pertamanya,” terang Sari Yanti yang sah bergelar isteri kepada pelawak terkenal itu pada 25 Februari 2017.
Setiap insan diuji dengan bermacam-macam dugaan dan Sari Yanti turut tidak terlepas ditimpa ujian hidup. Lebih memeritkan, dugaan itu terpaksa dilalui ketika dia baru mendirikan rumah tangga bersama Jep. Tanpa berselindung mendedahkan keadaan sebenar dirinya, ibu kepada tiga anak ini melontar bicara. “Ketika baru kahwin dahulu saya terpaksa dimasukkan ke hospital sebab mengandung luar rahim atau ectopic. Waktu ini kira macam Sari bunting pelamin.
Kandungan tu kecil lagi tapi membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan ia pecah. Saya terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian. Kandungan pun kecil lagi ketika itu dan keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.”
Ditemui ketika sesi fotografi di kediamannya, penulis sempat bertanyakan tentang gaya dan fesyen kegemaran suri hati Jep ini. Ternyata, Sari Yanti seorang yang cukup ringkas.. baik dari segi fesyen mahupun peribadi diri. “Saya sebenarnya jarang mengenakan lipstick berwarna merah menyala sebab kurang gemar. Kalau keluar rumah pun, saya selesa tak pakai mekap yang tebal-tebal. Bab pakai tudung, memadai dengan hanya selempang kiri kanan atau lilit saja.”
“Apa lagi yang Sari inginkan dalam hidup?” celah penulis. “Saya takda benda yang inginkan, I’m not brand conscious.. I demand nothing more. I always be grateful for what I have. Alhamdulillah.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sering membawa watak lasak dan ganas dengan imej garang, hakikatnya Dwayne Johnson atau lebih terkenal dengan nama komersial The Rock ini seorang lelaki budiman, suami romantik dan bapa penyayang. Sikap sentimental The Rock terserlah setiap kali berada di samping anak-anak mahupun isteri.
Malah, menerusi perkongsian di media sosialnya juga jelas terserlah naluri kebapaan yang tinggi dalam diri pelakon filem Jumanji ini. The Rock berketurunan Samoa di sebelah ibunya manakala mewarisi keturunan Kanada dari bapa.
Salah seorang anak The Rock, Jasmine Johnson mencuri perhatian peminat bapanya kerana memiliki warna anak mata hijau jernih seperti memakai contact lens! Setiap kali video dia bersama The Rock dimuat naik pasti cecah jutaan views.
Berusia 5 tahun dan bergelar kakak, Jasmine atau mesra disapa Jazzy sebenarnya anak kedua kepada The Rock. Hasil hubungan cinta Dwayne dan kekasih hati, Lauren Hashian, mereka dikurniakan Jazzy pada 15 Disember 2015.
Difahamkan ketika Jazzy baru meniti usia dua tahun, ibunya Lauren sedang hamil anak kedua. Adik Jazzy dilaporkan lahir pada 17 April 2018 dan dinamakan Tiana Gia Johnson. Selepas Tiana mencecah umur setahun, The Rock mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Lauren pada 18 Ogos 2018 di Hawaii sambil disaksikan kedua-dua cahaya mata mereka.
Pada majlis perkahwinan mereka dua tahun yang lalu, Jazzy kelihatan cukup gembira menjadi flower girl sambil ditemani adik tersayang. Meskipun sudah menjadi kakak namun
The Rock masih mesra melayan Jazzy seperti sebelum kehadiran Tia.
Terharu tengok layanan pelakon lelaki yang mendapat bayaran paling tinggi di Hollywood ini ketika bermain bersama dua anaknya. Cukup mesra dan sarat dengan sifat kebapaan. Walau The Rock sinonim dengan watak ganas dan garang tetapi apabila bersama anak-anak mahupun isteri, dia berubah menjadi insan yang sangat penyayang.
Berdasarkan laporan Forbes, The Rock telah dinamakan sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran tertinggi buat dua tahun berturut-turut. Bekas ahli gusti tersebut dilaporkan meraih USD87.5 juta sekitar Jun 2019 hingga Jun 2020 termasuk USD23.5 juta menerusi filem thriller Red Notice yang disiarkan menerusi Netflix.
Dia juga menjana pendapatan daripada jenama pakaian sukan, Project Rock. Kekayaan The Rock mencecah USD 400 juta menurut Celebritynetworth.com. Dia juga dikhabarkan memiliki beberapa kediaman mewah, salah satunya ialah rumah agam di Beverly Hills yang berkeluasan 17, 630 kaki persegi di tanah seluas 3.67 ekar dan mempunyai 12 bilik air serta 6 bilik tidur. Juga mempunyai gelanggang tenis, kolam renang, spa, dan gimnasium.
Tidak ketinggalan, bintang Hollywood ini juga mempunyai koleksi kereta mewah antaranya Pagani Huayra bernilai USD 1 Juta dan Rolls-Royce Wraith yang berharga USD330, 000. Selain itu, The Rock merupakan pengasas bersama syarikat produksi Seven Bucks yang diusahakan bersama bekas isteri, Dany Garcia.
The Rock yang mempunyai 263 juta pengikut di Instagram juga merupakan bapa kepada gadis cantik bernama Simon Garcia berumur 20 tahun. Simon Garcia ialah anak perempuan The Rock hasil perkahwinan terdahulunya bersama ahli bina badan profesional dan penerbit Amerika Syarikat, Dany Garcia.
Kredit foto: Instagram The Rock
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar...