Throughout life you will meet one person who is like no other. You could talk to this person for hours and never get bored, you could tell this person thing and they will never judge you. This person is your soul mate… your best friend… never let them go…
Saya perlu akur dengan kehidupan, tidak ada yang sempurna! Biarpun setiap langkah hidup ini saya terlalu inginkan kesempurnaan. Dan saya percaya setiap daripada anda juga mengimpikan perkara yang sama. Mungkin saya memiliki segala-galanya tetapi bila dicari kelonggarannya, saya kosong tanpa cinta.
Saya juga seperti manusia lain pernah bercinta tetapi tiada kebahagiaan di penghujungnya. Bila hati terluka… saya tinggalkan nikmat itu mengejar kehidupan dalam kerjaya.
Bila definisi berjaya dalam hidup saya kecapi, barulah saya sedar ada yang masih belum melengkapi. Saya kembali memburu makna cinta dan kehidupan lalu menjadikan saya terlalu memilih dan menginginkan kesempurnaan. Mungkin inilah kesilapan yang saya rasa banyak terjadi di kalangan wanita sukses.
Pengalaman hidup menjadi seorang wanita itu mengimpikan segala-galanya yang sempurna dan terbaik. Itulah masalahnya! Tidak semua manusia beruntung untuk menikmati kesempurnaan itu. Dan kerana mengejar sempurna itulah, banyak hati yang telah dikecewakan dan dilukai. Lantas tersedar, saya mula memujuk dan menasihati diri sendiri…
Pilihlah seseorang itu bersandarkan agama kerana di situlah lahirnya akhlak yang terpuji. Pilih bukan kerana rupa, pilihlah dia kerana agama dan ingin bersama hingga ke syurga. Bila kamu telah bertemu dengan seorang insan yang bagi mu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada diri mu, menyayangi mu, mengasihi mu dan mencintai mu… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar kesempurnaan, kelak kita akan berjauh hati dan akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, akhirnya kita juga yang akan menyesal dan tidak ada gunanya lagi karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik daripada kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar kesempurnaan kerana ia bukanlah faktor utama kebahagiaan yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan khilafan orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki… kita akan bahagia, bahagia dan terus bahagia… itu lebih bermakna! kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini.
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah kebaikan… itulah pasangan saling melengkapi apa yang utama ialah mencintai Ilahi dengan mencintai Ilahi… pasti Allah akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA… Persoalannya, kita mencari yang sempurna… tetapi sempurnakah diri mu?
Tepuk dada tanyalah IMAN…Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan mencintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangannya untuk menggapai bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya Ingatlah… Kesempurnaan Hanya Milik Allah.
Insan Tidak Sempurna,
Kiffy Razak