Ada sahabat mengeluh, teman lelakinya asyik cemburu buta. Pantang sekejap hilang khabar berita, habis satu Malaya dicarinya. Rimas. Pun selepas sahabat ini puas meratap menangisi takdir malangnya, tiba-tiba dia mengumumkan berita perpisahan. Kami semua tumpang gembira kala mendengar episod lukanya berakhir, kenang-kenang kembali bekas teman lelakinya yang kuat cemburu itu pun suami orang.

Ads

Dia tenang sekejap. Lama dia menyepikan diri dari kami. Rupanya dalam diam sahabat ini masih menyembunyikan derita yang ditanggungnya. “Jantan tu masih ganggu aku, habis telefon bimbit dan pejabatku dikacaunya. SMS berbaur ugutan dan ancaman jangan kiralah, sampai susah nak bekerja!” Dia merintih lagi, bekas teman lelakinya kini menyalahkan hubungan cinta tiga tahun mereka sebagai alasan rumahtangganya berantakan. Lebih parah, lelaki itu tanpa segan silu datang ke rumah dan bercerita kisah mereka kepada orang tuanya. Malu! Terbaru, wang RM 10,000.00 dituntutnya, konon pampasan pada kerugian selama mereka bersama.

Takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan! Anda Mungkin Dalam Bahaya…

Geleng kepala kami mendengarnya. Pada lelaki, musim bercinta semuanya indah. Duit ditabur pada wanita yang disayangi, semua ingin dibeli, ingin dihadiahi kepadanya. Tidak salah sesekali berbelanja, tapi wajarkah ia dituntut bila kasih tak menjadi? Jangan ingat begitu mudah hati wanita ditakluki. Sudahnya sahabat kami ini jadi tidak menentu. Fikirannya kerap menerawang jauh. Wajahnya berubah suram pucat tanpa seri.

KENALI PENDERAAN DOMESTIK

Kisah benar ini tergolong dalam klasifikasi penderaan domestik, atau kekejaman pasangan intim yang dilakukan oleh pasangan terdekat, suami, isteri, bekas kekasih, teman lelaki atau teman wanita anda. Ia juga pernah terjadi dikalangan heteroseksual dan pasangan sejenis dengan melibatkan penderaan berbentuk fizikal, seksual atau psikologi termasuk kata-kata ancaman untuk memukul, mencederakan atau mengikut jejak pasangan tanpa pengetahuan.

Apabila ada di antara pasangan merasa takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan dengan layanan yang diterimanya, segeralah bertindak. Anda mungkin dalam bahaya!

Takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan! Anda Mungkin Dalam Bahaya…

Ads

AWAS! HUBUNGANMU BERMASALAH JIKA…

Pasangan anda,

  • Ada memalukan atau mentertawakan anda di depan teman dan keluarga?
  • Melunturkan semangat dan memperkecilkan impian dan pencapaian anda
  • Membuatkan anda sukar membuat keputusan yang betul
  • Menggunakan ugutan untuk menarik perhatian
  • Sering memberitahu bahawa diri anda tidak bermakna tanpanya
  • Melayan anda dengan kasar – menarik, menolak, mencubit, menampar atau menumbuk
  • Telefon berkali-kali untuk memastikan anda berada di tempat yang dinyatakan
  • Menggunakan alasan di bawah pengaruh dadah dan alkohol untuk menyakiti anda
  • Menyalahkan anda atas sebarang kegagalan dan tindakan buruknya
  • Memaksa perlakuan seks tanpa kerelaan
  • Sering membuatkan anda terasa tiada jalan keluar untuk perhubungan dengannya
  • Menghalang anda melakukan sesuatu yang anda mahu lakukan, seperti meluangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan
  • Selalu meninggalkanmu pada bila-bila masa dan dimana-mana dengan niat untuk ‘memberi pengajaran’ apabila bergaduh

Takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan! Anda Mungkin Dalam Bahaya…

Ads

Anda,

  • Selalu merasa takut dengan kelakuan pasangan anda
  • Berterusan memberi alasan untuk menyelamatkan ‘perangai buruknya’ di depan teman-teman
  • Percaya bahawa pasangan anda akan berubah jika anda mengubah perangai anda
  • Selalu mengelakkan konflik agar tidak mencetuskan pertengkaran dengannya
  • Selalu merasa pasangan anda tidak pernah gembira dengan tindakan anda
  • Sentiasa melakukan perkara yang disukai oleh pasangan tanpa mempedulikan kebahagiaan sendiri
  • Memendam perasaan dan takut untuk bersuara serta memutuskan hubungan kerana bimbang pasangan anda mengamuk

ANDA TIDAK BERSEORANGAN

Jika pasangan anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas, bertindaklah sekarang sebelum terlewat.

  • Bercerita kepada seseorang tentang kelakuan pasangan anda. Kongsi perasaan trauma agar anda mendapat sokongan emosi
  • Rancang keselamatan anda
  • Anda tidak bersendirian
  • Bukan anda yang perlu dipersalahkan
  • Jika boleh, bercakaplah dengan keluarga dan teman rapat untuk mendapatkan perlindungan daripada mereka.
  • Simpan kunci pendua semua akses ke dalam rumah dan pastikan anda tahu semua jalan keluar agar senang melarikan diri

Takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan! Anda Mungkin Dalam Bahaya…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI