Ada sahabat mengeluh, teman lelakinya asyik cemburu buta. Pantang sekejap hilang khabar berita, habis satu Malaya dicarinya. Rimas. Pun selepas sahabat ini puas meratap menangisi takdir malangnya, tiba-tiba dia mengumumkan berita perpisahan. Kami semua tumpang gembira kala mendengar episod lukanya berakhir, kenang-kenang kembali bekas teman lelakinya yang kuat cemburu itu pun suami orang.
Dia tenang sekejap. Lama dia menyepikan diri dari kami. Rupanya dalam diam sahabat ini masih menyembunyikan derita yang ditanggungnya. “Jantan tu masih ganggu aku, habis telefon bimbit dan pejabatku dikacaunya. SMS berbaur ugutan dan ancaman jangan kiralah, sampai susah nak bekerja!” Dia merintih lagi, bekas teman lelakinya kini menyalahkan hubungan cinta tiga tahun mereka sebagai alasan rumahtangganya berantakan. Lebih parah, lelaki itu tanpa segan silu datang ke rumah dan bercerita kisah mereka kepada orang tuanya. Malu! Terbaru, wang RM 10,000.00 dituntutnya, konon pampasan pada kerugian selama mereka bersama.
Geleng kepala kami mendengarnya. Pada lelaki, musim bercinta semuanya indah. Duit ditabur pada wanita yang disayangi, semua ingin dibeli, ingin dihadiahi kepadanya. Tidak salah sesekali berbelanja, tapi wajarkah ia dituntut bila kasih tak menjadi? Jangan ingat begitu mudah hati wanita ditakluki. Sudahnya sahabat kami ini jadi tidak menentu. Fikirannya kerap menerawang jauh. Wajahnya berubah suram pucat tanpa seri.
KENALI PENDERAAN DOMESTIK
Kisah benar ini tergolong dalam klasifikasi penderaan domestik, atau kekejaman pasangan intim yang dilakukan oleh pasangan terdekat, suami, isteri, bekas kekasih, teman lelaki atau teman wanita anda. Ia juga pernah terjadi dikalangan heteroseksual dan pasangan sejenis dengan melibatkan penderaan berbentuk fizikal, seksual atau psikologi termasuk kata-kata ancaman untuk memukul, mencederakan atau mengikut jejak pasangan tanpa pengetahuan.
Apabila ada di antara pasangan merasa takut, cedera dan terus-menerus dalam kekecewaan dengan layanan yang diterimanya, segeralah bertindak. Anda mungkin dalam bahaya!
AWAS! HUBUNGANMU BERMASALAH JIKA…
Pasangan anda,
Anda,
ANDA TIDAK BERSEORANGAN
Jika pasangan anda ada menunjukkan tanda-tanda di atas, bertindaklah sekarang sebelum terlewat.
This website uses cookies.