Secawan kopi mampu mempengaruhi emosi seseorang. Kandungan kafein dan persekitaran akan membentuk mood yang mana mempengaruhi emosi.
Starbucks yang mempunyai tenaga kepakaran dikenali sebagai Coffee Master boleh membantu memperkenalkan jenis-jenis kopi yang sesuai untuk dinikmati ketika pagi, tengah hari, petang dan malam.
Terdapat juga kopi yang sesuai dinikmati berdasarkan jenis sajian yang dinikmati contohnya pencuci mulut bercoklat, buah beri atau sajian berat seperti pasta berkeju dan kari pedas.
Duta kopi dari Starbucks (Malaysia), Ayesha Dahalan memperkenalkan kopi dan sajian yang sesuai untuk dinikmati bersama.
(a) Latin Amerika
Secara keseluruhan, kopi yang berasal dari Latin Amerika amat sesuai untuk dinikmati bersama juadah bercoklat, kekacang juga karamel ringan.
Antara kopi yang berasal dari Latin Amerika yang boleh didapati di Starbucks adalah Breakfast Blend, Colombia Narino Supremo, Guatemala Antigua dan House Blend.
Kopi ini sesuai dinikmati bersama juadah seperti puding karamel, wajik, kek coklat moist, kuih kole kacang, biskut kacang gajus dan ketayap hijau.
(b) Afrika dan Arab
Kopi yang berasal dari sini amatlah unik dengan karakter yang tersendiri. Kenya adalah antara kopi dari negara Afrika atau Arabia yang boleh didapati di Starbucks.
Kopi ini menawarkan rasa unik yang sesuai digandingkan dengan hidangan berasaskan buah-buahan, beraroma flora dan sitrus.
Kopi ini boleh dihidangkan secara panas ataupun sejuk sebagai minuman petang bersama tat buah-buahan, puding koktel beri, sagu gula Melaka, kek pisang juga flan buah sitrus.
Selain dari itu kudapan goreng gorengan seperti popia, pisang dan cempedak goreng selain rojak petis juga sesuai digandingkan dengan kopi ais.
(c) Asia dan Kepulauan Pasifik
Indonesia dan Thailand adalah antara negara penyumbang terbesar kepada kopi dari kumpulan pengeluar ini. Kopi dari sini lebih bold dan beraroma.
Oleh kerana ia lebih ‘kaw’ maka makanan yang lebih berat dan dominan dalam rasa dan karakter sepadan digandingkan bersama.
Sesuai di hidangkan selepas waktu makan tengahari, kopi ini adalah penyudah selepas hidangan berasaskan daging dan berempah. Pasta mahupun pizza antara pasangan hidangan terbaik selain soto, nasi briani kari kambing dan nasi putih asam pedas berdaun kesom.
Tidak dilupakan kuih-muih pedas seperti karipap, pulut serunding, cara berlauk dan pau daging. Kini, anda sudah tahu bukan jenis kopi yang sesuai dengan hidangan yang akan dijamah? Jadi, nikmati kopi sebaiknya! Rosmah Idayu Abu Samah
This website uses cookies.