Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jika keharmonian rumah tangga mula menyusut, cuba mulakan sesuatu yang romantis bersama pasangan dari tempat tidur.
Terdapat beberapa posisi tidur yang dipercayai bagus untuk meningkatkan romansa perkahwinan. Ia bermaksud, ketika tidur bersama, jangan lelapkan mata seperti biasa sebaliknya amalkan posisi tertentu supaya si dia rapat semula dengan anda.
5 Posisi Tidur Yang Romantis
(a) SPOONING: Tidur mengiring sambil suami memeluk dari belakang
Sesuai untuk pasangan yang sudah berkahwin 1-3 tahun. Posisi ini menandakan hubungan sedang berada di puncak kebahagiaan.
(b) FABIO: Isteri tidur di atas tubuh suami
Untuk pasangan yang sangat erat, isteri selalunya akan terlena di atas tubuh suaminya dengan kepada dibaringkan di atas dada.
(c) FACE TO FACE: Saling bertatapan wajah
Posisi yang paling disyorkan untuk setiap pasangan suami isteri. Lelapkanlah mata seperti sedang bertatapan wajah.
(d) SWEETHEART CRADLE: Berpelukan
Memang romantis bila suami isteri saling berpelukan semasa tidur. Rasa nyaman dan hangat apabila tidur dalam posisi ini.
(e) HONEYMOON HUG: Romansa bulan madu
Seperti posisi face to face, posisi tidur ini juga menuntut suami isteri saling bertatapan. Cuma si suami akan memegang tubuh isteri dengan rapat ke tubuhnya.
This website uses cookies.