Selain bergiat aktif dalam dunia peragaan, figura cantik bernama Nurzulaikha Jamaludin merupakan penata gaya hijab yang semakin dikenali ramai. Nurzulaikha atau lebih mesar disapa Eka berjinak-jinak dalam bidang ini secara tidak sengaja apabila penata gaya hijab terkenal, Didiyana Ehsan memberi kepercayaan kepada Eka untuk menata gaya hijab buat salah seorang pelanggannya. Dari situlah permulaan karier Eka sebagai penata gaya mula berkembang. Kini, anak kelahiran Pulau Pinang ini semakin menempa nama dalam bidang yang diceburinya sekaligus membawa satu lembaran baru dalam fesyen berhijab.
Sekarang saya mengetengahkan hijab styling yang ringkas tetapi masih kelihatan signifikan. Contohnya ialah keunikkan pada gaya lilitan, lipatan mahupun hiasan pada hijab tersebut. namun begitu, saya tetap suai padankan gaya tersebut dengan pakaian serta personaliti pelanggan saya agar ia kelihatan tepat dan sempurna.
PEMILIHAN DAN PENGGAYAAN HIJAB
Pemilihan tudung amat penting. Jika tudung yang dipilih tidak bersesuaian, ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa dan kurang yakin untuk melakukan aktiviti harian. Sekiranya ingin menjimatkan masa dan mahu pergi travel, anda boleh memilih hijab jenis cotton dan cotton lycra kerana material ini mudah dibentuk dan tidak mudah berkedut. Untuk penggayaan hijab, ia bermula daripada personaliti anda sendiri. Sebagai contoh, saya gemar memakai turban kerana saya rasa lebih yakin ia boleh dikatakan sebagai signature penampilan saya. tidak salah jika anda mahu cuba sesuatu yang baru asalkan anda tahu bagaimana untuk menggayakannya supaya tidak menjadi mangsa fesyen.
SUAI PADAN PAKAIAN
Jika pakaian yang dipilih mempunya perincian yg sarat, hijab yang sesuai dipadankan ialah jenis polos. Selain itu, kurangkan penggunaan perhiasan atau aksesori pada hijab seperti kerongsang, rantai, headpieces dan sebagainya. Anda juga boleh memilih material jenis chiffon silk kerana ia memberi efek berkilat sekaligus menjadikan penampilan lebih glamor. Sekiranya pakaian anda polos dan ringkas, anda boleh memakai hijab yg mempunyai corak atau warna-warna vibrant seperti fuschia pink, mustard, bellflower, ungu dan lain-lain lagi.
PENERIMAAN HIJAB STYLIST
Penerimaan masyarakat ada positif dan negatif. Dari sudut positif, mereka memahami harga yang saya kenakan setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Ia termasuk memberi idea, material mahupun gaya tudung yang sesuai dengan pelanggan. Negatifnya pula ialah apabila saya mengenakan gaya tudung yang tertentu pada pelanggan namun nampak tidak sempurna pada mata netizen. Sesungguhnya, saya berkerjasama degan banyak pihak seperti pereka dan saya harus faham dengan konsep dan tema yang diinginkan mereka. Jadi jika saya melakukan gaya tudung yang sedikit berbeza, ia mungkin permintaan dari pelanggan dan pereka itu sendiri. Selain itu hijab stylist juga dianggap individu yang penting selepas jurusolek dan jurugambar kerana rata-rata pelanggan saya adalah bakal pengantin dan menjadikan kerjaya ini semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.
TIP MEMAKAI HIJAB
This website uses cookies.