Kala perginya syurga dunia, pastinya membawa satu kehilangan buat Iqbar Hakim, yang kini membuka langkah besar dalam usaha meneruskan perjuangan arwah ibunya, Faziani Rohban Ahmad dalam usaha mengukuhkan empayar perniagaan Dnars Skincare. Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, pastinya dalam usia 21 tahun, Iqbar melalui proses kehidupan yang berbeza dan nyata mengubah kehidupan peribadinya secara total. Kala berbicara bersama anak muda ini, jelas kematangannya dalam dunia perniagaan mampu membawa beliau melangkah lebih jauh bersama Dnars.

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

IKLAN

Lebih membanggakan, Dnars Skincare merupakan salah satu penerima Anugerah NONA Top Beauty Enterprenuer 2020 yang memberi penghargaan terhadap produk kosmetik lokal yang berjaya mencipta fenomena tersendiri dalam industri kosmetik. Selain menerima anugerah tersebut, Dnras Skincare turut diberi penghormatan menerima Anugerah Khas Inspirasi Nona  Beauty Award Dnars Skincare buat menghargai penglibatan pengasas Dnars Skincare, Allahyarhamah  Hajjah Faziani Rohban Ahmad.

Pada majlis NONA Top Beauty Enterprenuer Hi Tea baru-baru ini, Rita Sosilawati selaku salah seorang sahabat Allahyarham diberi penghormatan menyampaikan penghargaan dan memoir indah yang disimpan bersama pengasas Dnars Skincare itu.

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

Dnars di dalam industri kecantikan sudah mencecah 13 tahun, langkah seterusnya yang diatur untuk mengukuhkan lagi empayar perniagaan ini?  “Alhamdulillah sebelum arwah ibu pergi, Dnars telah berjaya mengembangkan sayapnya di Indonesia. Bukan mudah sebenarnya untuk meneroka pasaran di sana, arwah mengambil masa selama 2 tahun untuk bertapak di Indonesia. Dan saya meneruskan usaha ini dengan membawa matlamat pada tahun 2021, Dnars BOOM di Indonesia, insyAllah.

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

Melalui strategi pemasaran dan sistem penyelidikan yang betul, kita boleh! Penduduk Indonesia sangat besar 300juta, kalau saya boleh dapat 10% kepercayaan penduduknya kepada jenama kecantikan Dnars, saya sudah bersyukur. Alhamdulillah kini kolaborasi bersama Airasia Indonesia, telah banyak membantu meningkat jualan Dnars di sana.

Sedekad berada di dalam industri kosmetik, kini percaturan Dnars Skincare semakin berkembang dengan menghasilkan dan mengeluarkan produk terbaharu daripada rangkaian Dnars Skincare iaitu Dnars Gold. Ia semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Rangkaian produk Dnars Gold kini menjadi bualan kerana keberhasilan dalam merawat hampir kesemua masalah kulit wajah yang di alami wanita pada masa kini.

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

Dengan ‘tagline’ Menyerlahkan Keanggunan & Kecantikan Berganda Kulit Wajah Anda Dnars Gold merupakan rangkaian  produk keluaran terbaru Dnars Skincare yang dirumus daripada bahan semulajadi berasaskan  ‘Pure Essential Oil’. Terdapat 5 produk terkandung  di dalam Set Penjagaan Wajah iaitu B-Tox Soap, Blew Serum (siang), Choco Cream (siang), Lifthing Serum (malam) & Debalen Cream (malam). Bahan yang digunakan adalah bahan yang terpilih dan berkualiti tinggi.

Usai meniti kejayaan di Indonesia, Iqbar berhasrat membawa produk kecantikan ini ke India. Ya! Bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan perancangan betul serta tahap kesabaran tinggi.

“Saya perlu mengukuhkan institusi kewangan Dnars Skincare kerana ia memerlukan margin yang besar. Dalam usaha ini, kualiti produk perlu dipertingkatkan dan Alhamdulillah selama berada dalam industri, produk Dnars Skincare tidak perlu diragui keberkesanannya. Saya ingin Dnars terus berada dalam kelas dan cara tersendiri untuk membezakan produk ini dengan yang lain.

IKLAN

Selain itu, saya sendiri perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu perniagaan yang cukup luas perspektifnya. Kalau di lihat melalui sosial media peribadi, saya suka membaca dan menulis tetapi bahan-bahan ilmiah yang saya peroleh itu belum mencukupi untuk membawa kita mencapai satu tahap kejayaan kerana saya percaya pengalaman hidup yang dilalui adalah antara kuasa penting dalam merealisasikan keputusan dan tindakan yang kita lakukan dalam hidup. Ilmu jalanan itulah yang bakal melengkapkan pakej diri kita sebagai seorang usahawan profesional. Saya perlu berusaha untuk buat yang terbaik, tiada istilah berputus asa atau melangkah separuh jalan. Paling penting, saya perlu fokus dengan perancangan dan apa yang saya ingin lakukan,” ujarnya dengan yakin bahawa pengalaman hidup tidak boleh di beli dengan duit. Itulah ilmu dan harta paling bernilai.

Bila jika di tanya tentang kepuasan peribadi yang diperoleh sejak menerajui empayar Dnars? “Kepuasan yang saya peroleh sekarang, apabila saya berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan, walaupun dalam susah atau penat tetapi semuanya akan hilang dengan rasa syukur dan senyuman bahagia bila semua telah terlaksana. Saya tidak nafikan, mungkin ada yang mempertikaikan tentang usia saya yang masih muda untuk meneruskan perjuangan empayar arwah ibu ini tetapi bagi saya usia itu hanya sekadar angka. Saya dibesarkan dalam suasana berniaga dan sejak dari dahulu lagi saya dilatih untuk bekerja untuk mendapatkan sesuatu. InsyaAllah bila saya pikul tanggungjawab sebesar ini, tiada masalah selagi saya punya usaha untuk mencapai apa yang saya inginkan.

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

“Kita tidak boleh berhenti apabila perjuangan dan usaha yang kita laksanakan itu belum sempurna. Selagi nyawa di kandung badan, selagi itulah kita perlu buat apa yang kita usahakan. Jika kita lihat, arwah ibu sendiri pergi meninggalkan dunia ini kala melaksanakan tugas-tugas perjuangannya. Untuk itu, tiada istilah berhenti dalam hidup saya, kecuali berehat,” bicara Iqbar sambil mengenang kembali saat arwah ibu menyuruhnya mengedarkan risalah selepas sekolah yang menjadi antara pengalaman hidup yang banyak mendewasakan dirinya. Semuanya itu punya hikmah dalam perjalanan hidupnya bersama arwah ibu dalam mempersiapkan dirinya menjadi seorang yang cekal sejak dari usia muda.

IKLAN

“Saya dan arwah pernah mengalami keadaan kereta di tarik tepi jalan, sewaktu ingin menghantar barang kepada pelanggan. Di bawah matahari terpacak di tengah dunia, kereta di tarik, gara-gara tidak mampu bayar. Oh! Kalau ingin diimbas kenangan sewaktu kecil bersama arwah ibu terlalu banyak untuk dikongsi. Mungkin saja air mata saya bisa tertumpah. Detik terakhir saya bersamanya, arwah banyak berpesan jangan tinggal solat dan jaga adik-berdaik bersatu sampai mati” ujar Iqbar sayu.

“Dua bulan sebelum arwah meninggal saya ada luahkan hasrat untuk bantu ibu dari segi pemasaran. Tetapi tidak sangka pula, arwah ibu minta saya untuk muncul siaran secara langsung di kaca televisyen. Saya tampil untuk mempromosikan produk Dnars dan penampilan ketika itu amat mengecewakan arwah ibu. Saya kena marah oleh arwah kerana kurang persediaan dari segi pengetahuan produk, bahasa tubuh yang tidak meyakinkan dan mata meliar sana sini. Sebenarnya semua itu adalah sebaik perancangan Allah. Arwah ibu terlebih dahulu mempersiapkan saya untuk perkara lebih besar selepas ini. Saya mengambil semua berlaku ini untuk memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa buat yang terbaik,” tambah Iqbar mengenang kenangan bersama arwah ibu tercinta.

Siapa yang menjadi tulang belakang dan kekuatan Iqbar sekarang? “Papa adalah tulang belakang utama. Dia adalah sumber ilmu saya, jika ada perkara yang saya tidak tahu atau sulit berlaku, pastinya papa menjadi tempat untuk saya rujuk dan mendapat khidmat nasihat. InsyaAllah, papa akan bersama saya dan keluarga selamanya. Sebenarnya, selepas sahaja pengebumian arwah ibu, malam itu saya sudah fikir tentang tanggungjawab besar yang bakal saya pikul. Saya ada lapan orang beradik, satu perniagaan besar dan juga perniagaan sendiri, komitmen yang bertambah ini membuatkan saya fikir perlu ubah diri saya menjadi remaja yang lebih baik dari sebelum ini. Saya mengambil semua ini membuka ruang diri untuk belajar secara perlahan-lahan. Saya percaya ini adalah kurniaan dan dugaan Allah berikan saya untuk saya belajar jadi matang dari usia saya sebenarnya.”

“Bila Seorang Ibu Meninggal, Maka Akan Hilang Satu Keberkatan Hidup Iaitu DOA,”- IQBAR HAKIM

Jelas, Iqbar antara inspirasi terbaik anak muda sekarang. Bermula dengan belajar tentang realiti kehidupan dan pengalaman, berniaga sendiri secara kecil-kecilan dan sehinggalah takdir-Nya, beliau perlu menguruskan empayar perniagaan keluarga.  Iqbar mampu berdiri dengan tenang dan kukuh menghadapi cabaran dunia. Nasihat terbaik, Iqbar buat generasi muda yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, “Bila kita berniaga, tidak semestinya dengan sekali sentuhan semuanya akan berjaya dan sukses. Jalan penceritaan setiap orang itu berbeza dan semuanya bergantung pada kekuatan diri kita sendiri. Jika kita jatuh sekali, mungkin beberapa kali, adakah kita akan bangkit dan bangun kembali! Atau kita terus berputus asa setelah jatuh. Bagi saya kita harus punya semangat yang kuat, disiplin dan fokus kepada sesuatu yang kita lakukan agar konsisten. Kita perlu bijak menguruskan masa secara profesional,” jelas Iqbar menutup bicara.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI