Tiada seorang isteri pun di dunia ini mahu mahligai yang dibina bersama suami tercinta hancur di tengah jalan. Namun, sebagai manusia biasa siapa kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan. Keruntuhan rumah tangga buat Intan Liana Saleh, 33 tahun, atau lebih mesra di sapa Intan ini benar-benar memberi tamparan hebat kepadanya. Kehadiran bulan Ramadan sedikit sebanyak menjentik hati wanitanya ini.

“Puasa kali ini saya masih macam biasa seperti tahun-tahun yang lalu. Menyambut Ramadan tahun ini dengan keluarga sahaja. Namun saya masih macam biasa tapi keadaan tu lain sedikit. Lain sebab Ramadan kali ini tanpa suami. Sebab selalu kita fikir berbuka dan bersahur untuk suami serta kelengkapan raya suami dan anak-anak. Sekarang ini saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak sahaja.

Ads

Ada yang bertanya apa nasihat saya kepada ibu tunggal. Bagi saya tak ada apa yang saya boleh katakan kerana saya sendiri sedang berlawan dengan perasaan dan hati. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Kadang-kadang saya pun rapuh juga. Saya menangis, tipu lah kalau saya tak nangis. Bila teringat saya akan nangis juga,” tutur Intan lembut ketika ditemui di majlis Fashion Show Inner Sejuk baru-baru ini.

“Bila Teringat… Saya Menangis! Tipu Lah Kalau Saya Tak Sedih,” INTAN SALEH

Namun, siapa sangka di sebalik kegagalan rumah tangga Intan, tersembunyi rahsia yang tidak pernah dibayangkan dalam hidupnya. “Saya memang tidak sangka apabila ditawarkan pelbagai tawaran yang membabitkan saya sebagai Model Muslimah. Rezeki kurniaan Allah SWT ini saya terima dengan tangan terbuka.

Masa mula-mula mengalami kemelut ini benda yang pertama muncul di fikiran adalah untuk menari semula. Sebab pada fikiran saya itu sahaja talent yang ada pada diri ini. Tapi saya terpaksa fikir dua kali apabila terpaksa membuka hijab jika perlu menari kembali. Alhamdulillah, aturan Sang Pencipta begitu adil. Buat masa sekarang saya dah sign kontrak dengan Datuk Seri Aliff Syukri. Dan untuk raya pula ada job dengan Ashh & Annas. Tetapi lepas raya saya belum ada job yang menanti dan saya perlu fikir untuk membesarkan anak-anak dan masa depan mereka,” bicara Intan yang dahulu pernah bekerja sebagai Penari di DBKL.

“Bila Teringat… Saya Menangis! Tipu Lah Kalau Saya Tak Sedih,” INTAN SALEH

Kalau suatu hari nanti ditawarkan untuk berlakon adakah Intan akan menerimanya? “Owh tidak. Saya tidak akan terima tawaran berlakon kerana saya tidak tahu berlakon dan tak ada bakat dalam dunia lakonan. Kehidupan saya sekarang masih macam biasa perlu diteruskan demi anak-anak. Famili adalah orang yang banyak membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Anak-anak adalah prioriti saya ketika ini. Kalau mempunyai job photo shoot akan sentiasa bawa anak ke mana-mana. Sebab saya memang full time housewife sejak kahwin. Jadi saya memang tidak mempunyai baby sitter atau menghantar mereka ke nurseri. Job pun bukan setiap hari jadi saya terpaksa membawa mereka ke mana-mana sahaja.

“Bila Teringat… Saya Menangis! Tipu Lah Kalau Saya Tak Sedih,” INTAN SALEH

Ads

Saya sendiri apabila sudah terbiasa dengan anak-anak rasa tak sedap hati nak hantar anak ke jagaan orang lain. Saya lebih selesa menerima tawaran kerja yang boleh bawa anak bersama. Kadang-kadang kalau ada masa ayah dia orang datang ambil. Kalau itu saya macam okay sikit. Dia ambil yang sulung sebab yang kecil masih menyusu dengan saya.

Anak-anak tak tahu apa-apa. Bekas suami okay dengan anak-anak. Dia tetap melunaskan tanggungjawab sebagai ayah. Saya tidak pernah mahu memisahkan hubungan anak-anak dengan ayah mereka. Saya tak kisah tentang itu,” jelas ibu kepada dua anak ini, Arish, 3, serta Ariq yang berusia setahun.

“Harapan saya nak jadi seorang wanita yang independent. Apabila mahu memulakan hidup ini saya perlukan kekuatan. Saya nak kerja rajin-rajin dan nak cari duit balik sebab dah lama kita tak bekerja tiba-tiba kena bekerja semula. Benda itu nak kena kuat.

Ads

“Bila Teringat… Saya Menangis! Tipu Lah Kalau Saya Tak Sedih,” INTAN SALEH

Mungkin orang menganggap saya lemah sebab saya hanya berdiam diri dan tidak melawan. Saya tidak bercakap apa-apa pun. Memang sebab saya banyak pendam. Sebab saya fikir kalau kita lawan benda itu akan jadi menjadi-jadi.

Kalau luahkan hanya dengan adik-beradik terutama kakak yang sulung yang kini menjadi Manager saya. Kakak yang akan membawa saya ke mana-mana. Bukan saya tidak boleh memandu, saya mempunyai lesen kereta cuma saya tidak ada kereta. Sekarang saya tengah usahakannya. Senang sikit nak bergerak,” ungkap Intan penuh keyakinan.

Kredit foto: Instagram Intan Saleh @__iiiitan.saleh

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI