Pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan India, Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia baru-baru ini telah berkongsi satu posting di akaun Instagramnya menyatakan dirinya kini hamil 5 bulan.
Baca temu bual ekslusif NONA bersama wanita berusia lewat 30an ini tentang kisah perjalanan kehamilan sulungnya.
HAMIL SELEPAS 3 TAHUN KAHWIN
“Sebenarnya plan mengandung awal selepas berkahwin tu memang tiada. Sebab ketika itu saya sibuk dengan shooting, ada kontrak yang perlu diselesaikan. Asalnya plan nak mengandung tu dalam tahun 2020 . Sepanjang tahun itu kami berusaha untuk dapatkan baby tapi tiada rezeki. Setiap bulan sentiasa mengharap dan terus mengharap tapi hampa. Sampailah saya rasa putus asa.
Kisahnya bermula pada sekitar jam 5 pagi saya bangun untuk ke tandas. Sempat jugalah saya buat ujian kehamilan. Tanpa melihat result, saya sambung tidur. Bila bangun tidur, saya check memang terkejut dan tak percaya. Kebetulan masa tu ada extra tester dan saya buat lagi sekali. Hasilnya positive juga. Saya terus dapatkan suami dan tunjuk padanya. Dia pun terkejut.
KAHWIN CAMPUR, ANAK COMEL & BIJAK
Saya bersyukur dengan apa yang Allah nak bagi. Memang teruja bila diberi rezeki untuk mengandung dan bakal bergelar ibu. Bijak atau comel itu semua anugerah Tuhan. Namun apa yang saya harapkan semoga bayi yang bakal lahir menjadi anak yang soleh, solehah. Allah will do the rest.
Bukan kami saja yang teruja, ibu mertua saya pun sangat-sangat teruja sebab bakal bergelar granny (nenek). Gelaran yang dah lama diidam-idamkannya. Setakat ini bilik baby
dah siap! Barang pun dah beli sikit-sikit.Sepanjang kehamilan alhamdulillah saya tiada sebarang alahan cuma di awal trimester saya mengalami simptom badan panas. Cuaca ketika itu pun sangat panas. Di awal mengandung saya banyak rasa nak menangis. Mengidam nak balik Malaysia jumpa keluarga. Selalunya kalau video call ibu, kakak atau rakan baik di Malaysia first tu saya mesti menangis dulu.
Dari segi makan, saya tak mengidam apa-apa pun dan tak cerewet. Tapi kalau tiba-tiba teringin nak makan sesuatu contohnya char kuey teow atau mihun goreng saya akan Google resipi dan masak sendiri.
Bersalin di sini tak sama seperti di Malaysia antaranya dari segi proses, pemilihan hospital dan sebagainya. Untuk mendapatkan hospital terbaik di sini pun, kena hantar permohonan. Kalau layak barulah pihak hospital akan ambil kita. Saya berpeluang untuk bersalin di salah sebuah hospital terbaik di sini, iaitu King Edward Memorial Hospital yang merupakan hospital kerajaan.
Dari segi berpantang pula, saya ada seorang rakan baik di sini yang merupakan bidan. Cara rawatannya pun tersendiri, very scientific and Western. Mereka menjaga saya bermula dari kehamilan sehinggalah ke penjagaan selepas bersalin.
SUAMI RINGAN TULANG
Sepanjang mengandung, suami bagi je saya makan apa saja termasuk tolong buatkan jus setiap pagi untuk saya sebelum dia ke tempat kerja. Dia bagi saya peluang untuk tidur dan rehat di rumah. Banyak jugalah yang suami bantu seperti kemas rumah, memasak, dan sebagainya. Dia juga rajin mengurut saya setiap hari. He’s the best husband in the word!
IMPIAN
Kami berharap dapat menjadi ibu bapa terbaik. Kami akan cuba sedaya upaya dan serahkan kepada Tuhan untuk masa depan yang lebih baik. Kalau ada rezeki untuk mengandung lagi kelak, saya tak mahu jarak yang terlalu jauh. Mungkin dalam setahun dua baru ada baby baru” akhiri Raja Ilya.
Kredit Foto: Instagram Raja Ilya
This website uses cookies.