Bimbang Alopecia Areata, Guna Limau Nipis Rawat Kulit Kepala, Berhijab Pun Rambut Tetap Lebat!

Sejak insiden Will Smith mempertahankan maruah isterinya dipersenda, ramai yang mula sedar dan bimbang Alopecia Areata.

Alopecia areata adalah gangguan autoimun yang menyebabkan rambut gugur dalam gumpalan. Terdapat pelbagai jenis alopecia dan ia biasanya berlaku pada wanita berumur 30-50 tahun.

Baca juga; Will Smith mohon maaf selepas insiden menampar secara ‘live’

Kebiasaannya ia mungkin berpunca daripada genetik atau sejarah keluarga. Punca lain yang berpotensi termasuk alahan bermusim, asma, tekanan, penyakit tiroid, vitiligo dan sindrom down.

Gambar hiasan, Foto: Instagram @zarazya

Jika bimbang Alopecia Areata dan mahu mencegah rambut gugur sebaik-baiknya pelihara kesihatan rambut dari awal lagi. Kecantikan rambut walaupun bukan untuk tontonan umum tetap merupakan mahkota wanita yang tiada nilainya.

Pelbagai cara boleh diaplikasikan agar rambut berseri dan sihat secara semula jadi serta harum sepanjang hari. Rupa-rupanya sumber semula jadi, limau nipis mampu memberikan kebaikan ke atas rambut agar terus sihat dan berkilau.

Gambar hiasan, Foto: Instagram @elizadsharifuddin

Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Minyak yang terhasil daripada kulit limau nipis ini berfungsi sebagai agen yang terbaik untuk perawatan rambut.

Boleh mula rawatan rambut dengan menggunakan air perahan limau nipis secara teratur. Sapu ke seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan. Lebih efektif jika dilakukan sebelum tidur dan dibiarkan sehingga keesokan harinya. Bangun tidur bilas dengan air sehingga bersih.

Gambar hiasan, www.123rf.com

Antara kebaikan Limau Nipis adalah;

Melebatkan rambut

Walaupun berhijab tetapi masalah rambut yang semakin tipis boleh mengganggu emosi diri. Khasiat limau nipis boleh membantu masalah rambut gugur dan berupaya melebatkan semula rambut.

Perahan limau nipis yang disapu ke atas kulit kepala berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan tidak mengganggu tumbuhnya rambut yang baharu. Jika kerap menyapu perahan air limau ini, kesan perubahan lebih ketara.

Gambar hiasan, Foto: Instagram @mfmirafilzah

Menghilang kelemumur

Masalah kelemumur adalah suatu yang biasa buat semua wanita termasuk wanita berhijab. Jika rambut dibiarkan berhari-hari tak bersyampu, kelemumur mudah menempek di atas kulit kepala.

Sebenarnya kelemumur adalah tompok putih berada atas kulit kepala yang dihasilkan daripada pengelupasan kulit mati secara berlebihan. Sel kulit mati ini tidak stabil dan menjadi warna putih dalam jumlah yang banyak.

Rasa gatal pada kulit kepala sangat mengganggu kerana asyik menggaru. Rasa tidak puas hati timbul apabila sukar menggaru di atas hijab. Perahan limau nipis mengandungi vitamin C dan B5 mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta kotoran yang hinggap di atas kulit kepala.

Gambar hiasan, Foto: Instagram @nelydiasenrose

Kadang-kadang sejurus selepas meletakkan perahan limau nipis ini kadang-kadang menimbulkan rasa pedih di atas kepala. Rasa pedih ini timbul mungkin kerana terdapat luka-luka kecil di atas kulit kepala akibat menggaru terlalu kasar.

Merangsang pertumbuhan rambut

Masalah rambut biasanya terjadi apabila kulit kepala mengalami iritasi dan berminyak. Masalah semakin bertambah apabila anda tidak rajin untuk membersihkan rambut dan kulit kepala.

Apabila minyak dan sel-sel kulit mati bertompok di atas kulit kepala akan mengganggu pertumbuhan rambut yang baru. Pertumbuhan rambut baharu ini juga terbantut apabila anda kulit kepala sensitif terhadap produk yang digunakan.

Sekali lagi vitamin C yang terkandung dalam limau nipis sangat bermanfaat untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kelemumur di atas kulit kepala demi membenarkan pertumbuhan rambut yang baharu.

Baca juga; Beg Tangan Lambang Prestij, 6 Panduan Kenal Pasti HANDBAG ‘Ori’ Atau ‘Fake’

Share
Published by
Hamizatul Maizan