Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu golongan selebriti yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape dalam khalayak ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tingkah laku sedemikian menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat terutama kepada kanak-kanak dan remaja.
Umum mengetahui, nama penyanyi Noh Hujan sebelum ini hangat diperkatakan berikutan kes penceraiannya bersama dengan Mizz Nina Ogos lalu. Namun tidak lama kemudian, Noh sekali lagi menjadi bualan ketika kemunculannya di pentas KLFW.
Baru-baru ini, penampilan penyanyi popular Noh Hujan mendapat perhatian DG Noor Hisham tampil memegang sebatang rokok ketika muncul di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) Ahad lalu.
DG Noor Hisham turut menyeru orang ramai untuk membantu usaha KKM mengekang budaya merokok.
“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di Twitter.
Untuk makluman, rokok difatwakan haram sejak 1995. Vape dan e-cigarette
(rokok elektronik) difatwakan haram sejak 2015.Semoga perkara ini menjadi iktibar buat mereka di luar sana. Tabiat buruk seperti merokok seharusnya dibendung sehabis baik dan semoga pihak penganjur akan lebih berhati-hati selepas ini.
This website uses cookies.