Bermula daripada idea – mengisi waktu rakyat Malaysia yang terkurung di rumah (sempena PKP) – dengan bacaan Al-Quran, kejayaan program My #QuranTime kini diteruskan untuk musim kedua. Program kerjasama JAKIM, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan TV AlHijrah itu bakal memulakan episod pertamanya pada 1 Disember 2022 ini.

Program musim pertama My #QuranTime 1.0 menemui noktahnya pada 7 Oktober lepas pada episod ke-838. Ia dilihat sebagai kejayaan besar hingga wujudnya budaya ketagih Al-Quran, yakni Baca – Faham – Amal Al-Quran.

IKLAN
Bina Studio Khas, Terbit Lebih 1800 Episod – Program My #QuranTime 2.0 Bakal Wujudkan Budaya Ketagih Al-Quran!
Dari kiri: Ahmad Yani Abd Manaf, Ustaz Fazrul Ismail, Datuk Haji Hussamuddin Yaacub, Marhaini Yusoff

 

Mengulas mengenai My #QuranTime 2.0, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata, program itu akan menyediakan bentuk pengisian yang lebih terperinci dan mendalam berbanding sebelumnya.

“Dalam My #QuranTime 1.0, kita tadabbur satu halaman setiap hari, kita harap dalam musim kedua ini, kita nak ke arah lebih mendalam lagi.

Kami akan perkenalkan elemen baharu iaitu hafalan dan amalan (untuk menghafal al-Quran) dengan cara yang terbaik melalui solat.” Marhaini Yusoff

Bina Studio Khas, Terbit Lebih 1800 Episod – Program My #QuranTime 2.0 Bakal Wujudkan Budaya Ketagih Al-Quran!
Marhaini Yusoff

 

Tambah Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Ustaz Fazrul Ismail, musim kedua ini turut menyaksikan beberapa pembaharuan termasuk penambahan lebih 1,800 episod.

“Pendekatan kali ini berbeza daripada musim pertama. Kali ini kami bakal fokuskan pada tajwid dan tadabbur yang lebih mendalam serta elemen menghafaz Al-Quran. Inilah pengisian My #QuranTime Plus sebelum kita menuju ke episod pertama My #QuranTime 2.0.”

Tambah beliau, pelajar boleh mendengar siaran berulang-kali, mungkin perlahan-lahan ketika solat Subuh, diikuti pada waktu Zohor, Isyak atau ketika tahajud sehingga mampu menghafaz bacaan Al-Quran. Inilah harapan Ustaz Fazrul dalam My #QuranTime 2.0 – agar solat tidak terpisah dengan Al-Quran dan Al-Quran kita tidak terpisah dengan solat.

Ditanya tentang asatizah seperti pentadabbur, qari dan panelis yang bakal dijemput untuk musim kedua, Ustaz Fazrul menjelaskan bahawa beliau juga adalah salah seorang daripadanya.

Bina Studio Khas, Terbit Lebih 1800 Episod – Program My #QuranTime 2.0 Bakal Wujudkan Budaya Ketagih Al-Quran!
Ustaz Fazrul Ismail

“Saya juga akan bersama Dr. Ahmad Sanusi, Dr. Ariff Musa dan Ustaz Shamsul Hakim. Qari utama pula masih dikekalkan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Tirmizi Ali disamping susunan-susunan lain yang akan diperkenalkan kelak.

Konten kali ini akan lebih mendalam, dengan stamina yang tinggi kerana ia melibatkan lebih daripada 1,800 episod.”

 

STUDIO

IKLAN

Usai mendengar kenyataan Marhaini Yusoff dan Ustaz Fazrul, kemunculan jutawan media Datuk Haji Hussamuddin Yaacub turut menjelaskan ‘tujuan’ beliau mengasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, lapan tahun lalu.

“Gerakan ini bermula kerana apa yang saya mahukan untuk diri sendiri, kerana dahulunya saya tidak pandai sangat membaca Al-Quran.

Sebelum ini saya ingat itu masalah saya sahaja, rupanya masih ramai lagi di luar sana yang tidak boleh membaca Al-Quran dengan betul.

Ramai orang macam saya yang perlu diselamatkan, sebab itu timbulnya satu gerakan untuk menyelamatkan ummah.

Bina Studio Khas, Terbit Lebih 1800 Episod – Program My #QuranTime 2.0 Bakal Wujudkan Budaya Ketagih Al-Quran!

 

IKLAN

Pada awalnya, kita nak buat orang cinta dan meminati untuk membaca al-Quran dan Alhamdulillah, mungkin melalui pendekatan yang disampaikan oleh qari dan pentadabbur menyebabkan orang ramai ingin tahu dengan lebih mendalam tentang kalam suci ALLAH SWT.” Datuk Haji Hussamuddin Yaacub

Jelas beliau, pihaknya sedang dalam proses untuk membina satu studio di Kompleks Kumpulan Karangkraf yang lengkap dengan peralatan khusus untuk program My #QuranTime 2.0 kali ini.

“Kapasiti studio tersebut dijangka dapat menampung 40 hingga 50 peserta bagi setiap episod.

Sepanjang kita buat My #QuranTime, kita terima banyak dana infaq, jadi sudah tiba masa kita gunakan wang tersebut untuk manfaat peserta.”

 

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

 

Foto: Sinar Harian

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI